Unit Kawalan Infeksi
Pengenalan
Unit Kawalan Infeksi Hospital Beaufort bertanggungjawab dalam melindungi,memantau dan mencegah perebakan jangkitan terhadap pesakit serta anggota Hospital Beaufort.
Unit Kawalan Infeksi terletak di Aras 4, blok F, Pejabat Pengurusan Klinikal.
Objektif
Meminimakan kejadian kes jangkitan nosokomial dengan memastikan program kawalan infeksi dilaksanakan serta meningkatkan meningkatkan kesedaran dan pengetahuan warga kerja hospital berkaitan dengan kawalan infeksi melalui pembelajaran yang berterusan.
Visi
Menjadikan Unit Kawalan Infeksi sebagai pusat rujukan bagi peringkat hospital berkaitan dengan pencegahan dan pengawalan jangkitan nosokomial berpandukan kepada Polisi dan Prosedur Kawalan Infeksi KKM edisi 2 / 2010.Selain itu,unit ini juga merujuk kepada arahan / panduan berdasarkan pekeliling yang dikeluarkan oleh KKM ataupun JKN(Sabah).
Misi
Berusaha untuk meningkatkan dan memastikan program kawalan infeksi dilaksanakan dalam usaha untuk menjadikan persekitaran wad / unit bersih dan selamat untuk pesakit yang dimasukkan ke wad dan anggota hospital bagi mengelakkan jangkitan nosokomial melalui pendidikan berterusan.
Matlamat
Untuk mencapai sasaran KPI yang diperlukan oleh unit kawalan infeksi serta meminimakan kadar jangkitan nosokomial kepada < 5% dalam tempoh 6 bulan.
Piagam Pelanggan
- Memastikan kadar jangkitan nosokomial ≤ 5% dalam tempoh 6 bulan
- Memastikan pencapaian hand hygiene ≥ 75% setiap 3 bulan
Skop Perkhidmatan
Pentadbiran Am
- Pengurusan / mengendalikan mesyuarat Unit
- Penyediaan & Penghantaran Laporan
- Memesan Kelengkapan keperluan Pejabat ( Stationari )
Perkhidmatan Klinikal
- Membuat lawatan ke Wad serta memberi bedside teaching kepada pesakit.
- Memantau pengendalian kes-kes isolasi.
- Melaksanakan Program Saringan dan Imunisasi Hepatitis B dikalangan anggota hospital yang berisiko.
- Melaksanakan Program Imunisasi Vaksin Influenza dikalangan anggota barisan hadapan.
- Melaksanakan Pemeriksaan Perubatan pada anggota yang berumur 40 tahun dan keatas.
- Melaksanakan audit Environment
- Melaksanakan audit hand hygiene.
Surveillance
- Melaksanakan kajian Point Prevalance.
- Melaksanakan Pemantauan dan penyiasatan kes Multi-Drug Resistant organism
- Mengendalikan kes kecederaan tertusuk jarum / benda tajam
- Melaksanakan penyiasatan kes jangkitan nosokomial
- Mengendalikan penyiasatan kes wabak .
Pendidikan berterusan
- Memberi CNE
- Mengendali Kursus kawalan infeksi
- Memberi Orientasi anggota baru hospital dan sokongan yang baru melapor diri.
- Mengendalikan latihan Link Nurse / Link Personnel.
- Mengendalikan inhouse training berkaitan dengan amalan kawalan infeksi. Dikalangan anggota hospital dan CLC / LLS & HWMS Sedafiat