
Unit Dietetik dan Sajian
Pengenalan
Unit ini mula beroperasi pada tahun 1985. Fungsi Unit sajian pada masa itu adalah untuk menyediakan makanan yang sesuai dan berkualiti kepada pesakit yang dimasukkan ke hospital dan anggota yang berkelayakan.
Pada masa itu semua urusan pentadbiran Unit Sajian adalah di bawah penyeliaan Penolong Jururawat dan di bawah pentadbiran Ketua Jururawat. Pengurusan unit kemudian diambil alih oleh Penyelia Asrama N17 pada 5 Mei 1995 sehingga tahun 2005.
Pada 19 September 2005, seorang Pegawai Dietetik U41 telah ditempatkan di Hospital Beaufort. Dengan adanya Pegawai Dietetik, Unit Sajian telah ditukar kepada Unit Dietetik dan Sajian (UDS) kerana perkhidmatan dietetik telah diwujudkan.
Perkhidmatan dietetik yang bersifat sokongan klinikal merangkumi perkhidmatan kaunseling pemakanan serta perkhidmatan terapi pemakanan perubatan. Bermula pada masa itu, UDS memberi 2 perkhidmatan di hospital iaitu perkhidmatan dietetik dan perkhidmatan sajian.
Unit Dietetik dan Sajian di Hospital Beaufort terletak di bangunan Blok G, bersebelahan dengan Unit Stor Bekalan dan Pejabat Perkhidmatan Sokongan Hospital (HSS). Anggaran keluasan unit adalah 437 sq.m.
Visi
Perkhidmatan yang disediakan akan sentiasa berusaha untuk menyokong dan
membantu perawatan pesakit selaras dengan visi dan misi hospital serta
Kementerian Kesihatan Malaysia. Sistem pengurusan akan mengutamakan inovasi,
teknologi dan pengetahuan terkini ke arah peningkatan kualiti berterusan.
Misi
a) Perkhidmatan Dietetik Klinikal
i. Membantu perawatan pesakit melalui perkhidmatan dietetik yang merangkumi aktiviti
promotif, pencegahan, perawatan dan rehabilitasi berdasarkan evidence- based
terkini di samping menyumbang kepakaran berkaitan.
ii. Menyumbang kepada kajian saintifik, aktiviti kualiti dan penyelidikan dalam
bidang dietetik dan pemakanan.
b) Perkhidmatan Sajian Makanan
i. Merancang penyediaan makanan dengan mematuhi keperluan nutrien, tatacara
proses katering, prinsip kebersihan dan keselamatan makanan, bersesuaian dengan
teknologi semasa serta berkualiti.
ii. Melaksanakan sistem kualiti keselamatan makanan dengan mengamalkan prinsip
dalam GMP, HACCP, MeSTI, Halal dan Trust MyCatering)
iii. Melaksanakan sistem pengurusan dengan sempurna berdasarkan polisi-
polisi, pekeliling-pekeliling dan arahan yang ditetapkan.
Objektif Unit
•Memberikan perkhidmatan dietetik secara profesional dan menepati tempoh respon
24 jam semasa waktu bekerja, selepas rujukan diterima untuk pesakit dalam.
(Sasaran: ≥ 95%)
ii. Membekalkan makanan yang selamat, sihat dan berkualiti kepada semua pelanggan
yang layak (pesakit dalam, pesakit rawatan harian, MAC dan anggota),dengan sifar
kontaminasi fizikal. (Sasaran: 0, sentinel event)
iii. Memastikan perkhidmatan makanan dilaksanakan secara profesional, berfokuskan
pelanggan, dan memenuhi standard kualiti yang ditetapkan dengan sasaran
kepuasan pelanggan iaitu ≥ 85%.
Skop Perkhidmatan
Unit Dietetik dan Sajian memberikan dan menyediakan perkhidmatan seperti berikut:
a. Perkhidmatan dietetik
- Kaunseling pemakanan dan perkhidmatan medical nutrition therapy untuk pesakit yang dirujuk oleh doktor.
- Perkhidmatan memberi ceramah, pendidikan berterusan dan khidmat pakar rujuk diberikan mengikut keperluan.
- Memberi perkhidmatan dietetik klinikal pesakit luar di Hospital berdekatan yang tidak mempunyai perjawatan Pegawai Dietetik.
b. Perkhidmatan sajian
- Menyediakan makanan secara sistem berpusat untuk diet teraputik dan sistem pukal untuk diet normal, dengan mematuhi keperluan nutrien, tatacara proses katering, prinsip kebersihan dan keselamatan makanan, bersesuaian dengan teknologi semasa serta berkualiti.
- Penyediaan diet untuk pesakit dalam wad dan anggota yang berkelayakan seperti Mother Accompany Child (MAC), pesakit di Unit Hemodialisis, doktor bertugas atas panggilan.
- Menyediakan produk enteral kepada pesakit mengikut preskripsi pegawai dietetik.
- Memberi latihan praktikal catering kepada pelatih catering dari Institusi Pendidikan Tinggi mengikut keperluan dan kelulusan.
Piagam Pelanggan
- 90 % daripada pesakit dalam yang dirujuk mendapat perkhidmatan dieterik klinikal dalam tempoh masa 24 jam bekerja. Maklumat peribadi, penyakit dan rawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dirahsiakan.
- 85 % daripada pesakit yang tinggal di wad berpuas hati dengan perkhidmatan makanan di hospital.
- Kejadian pencemaran fizikal makanan yang disajikan kepada pesakit adalah 1 % dalam satu tahun.
- Makanan yang disediakan adalah mengikut menu, bersih dan selamat dimakan.
- Diet akan dibekalkan empat kali sehari mengikut masa edaran seperti berikut:
Hidangan | Waktu Hidangan |
Sarapan Pagi | 7.45 pagi - 8.00 pagi |
Makan Tengahari | 11.45 tengahari -12.30 tengahari |
Minum Petang | 3.00 petang - 3.30 petang |
Makan Malam | 5.00 petang - 5.30 petang |