Piagam Pelanggan
Memastikan setiap pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan diberikan dengan:-
1. Keutamaan akan diberikan kepada kes-kes kritikal dan separa kritikal di Jabatan Kecemasan dan Trauma dengan masa menunggu seperti berikut:
- Kes kritikal (Zon Merah) akan dirawat serta-merta.
- Kes separa kritikal (Zon Kuning) akan dirawat dalam masa 30 minit.
- Lain-Lain Kes (Zon Hijau) akan dilihat mengikut keutamaan keadaan pesakit
2. 90% pelanggan akan dilihat oleh Pegawai Perubatan di Klinik Pakar dalam masa 90 minit.
3. 95% preskripsi didispen dalam tempoh 30 minit.
4. Aduan Biasa yang diterima diselesaikan dalam tempoh 15 hari bekerja dari tarikh aduan diterima.
5. Sekurang-kurangnya 90% laporan perubatan perlu disediakan dalam tempoh yang ditetapkan lebih kurang atau sama dengan 14 hari masa bekerja.
