- Pengenalan EKSA Hospital Beaufort
- Jawatankuasa Induk dan Pelaksana EKSA Hospital Beaufort
- Carta Organisasi EKSA Hospital Beaufort
- Logo EKSA Hospital Beaufort
- Pengiktirafan EKSA Hospital Beaufort
- Takwim EKSA Hospital Beaufort
- Pembahagian Zon dan Pelan Lantai EKSA
- Hebahan EKSA
- Garis Panduan EKSA
- Muat Turun EKSA
Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)
LATAR BELAKANG
Ekosistem Kondusif Sektor Awam atau EKSA merupakan penjenamaan semula amalan 5S iaitu Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal yang diamalkan dalam sektor awam kerajaan. Antara elemen penting yang ditekankan dalam amalan EKSA adalah imej korporat, persekitaran kerja kondusif, kreatif & inovatif dan amalan Go Green .
Hospital Beaufort tidak ketinggalan turut mengamalkan konsep EKSA untuk mewujudkan persekitaran tempat kerja yang kondusif dalam masa yang sama mengekalkan imej korporat. Amalan ini dapat mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal selain daripada berupaya mengurangkan pembaziran dari segi masa dan ruang. Secara langsung, kos operasi dapat dijimatkan.
VISI
Mewujudkan suasana kerja yang sistematik, selamat dan berkualiti sehingga menjadi hospital yang “Mesra Pelanggan”.
MISI
Menggabungkan konsep amalan 5S yang praktikal, berterusan dan mudah diamalkan oleh anggota dalam organisasi.
POLISI
Polisi EKSA Hospital Beaufort adalah memberi perkhidmatan yang optima dan efisien dengan menggunakan sumber yang sedia ada kepada pelanggan. Oleh itu, prinsip Amalan 5S iaitu menyisih, menyusun, mengemas kini dan menyeragamkan persekitaran ruang kerja dan peralatan sentiasa diamalkan. Ianya bagi menghasilkan suatu suasana kerja yang selamat, suasana kerja berbudaya korporat, menggalakkan kerja berpasukan, menggalakkan kreativiti dan inovasi, dan meningkatkan produktiviti dan kualiti perkhidmatan.
OBJEKTIF
- Memperbaiki kualiti perhidmatan, produktiviti dan mengurangkan kos melalui penglibatan anggota secara menyeluruh.
- Memenuhi kehendak-kehendak pelanggan.
- Mewujudkan suasana kerja yang Sihat, Selamat, Bersih, Tersusun dan Ceria.
- Melahirkan anggota yang bertanggungjawab dan dedikasi dengan mengamalkan semangat kerja berpasukan.
- Memastikan semua konsep amalan 5S dipatuhi: “Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal”.
STRATEGI
- Semua pekerja hendaklah menunjukkan komitmen yang tinggi dan berterusan.
- Penglibatan anggota bekerja secara berpasukan. (Team work @ Espirit de corps)
- Sentiasa melaksanakan kerja ke arah peningkatan kualiti secara berterusan.
- Mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selesa, selamat dan sihat.
- Sentiasa berusaha ke arah pembentukkan kendiri dengan mengamalkan prinsip berdisiplin dan mewujudkan budaya kualiti di semua peringkat organisasi.
- Pengiktirafan dan Penghargaan EKSA akan mewujudkan kejayaan di semua peringkat dalam organisasi.