Objektif
Memantau dan Memberi Khidmat Sokongan Teknikal kepada Peralatan dan Perisian yang dibekalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah serta HospitalDuchess of Kent, Sandakan agar boleh digunakan dengan baik selain untuk membantu Kakitangan Hospital menangani masalah berkaitan teknologi maklumat bagi membolehkan mereka bekerja dengan lebih mudah dan teratur.
Misi
- Menyediakan kemudahan infrastruktur dan perkhidmatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang terkini dan relevan kepada kakitangan Hospital Duchess of Kent, Sandakan bagi meningkatkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.
- Memberikan bantuan sokongan teknikal kepada warga Hospital Duchess of Kent, Sandakan bagi menjamin perkhidmatan dapat diberikan secara berterusan.
- Mengoptimumkan penggunaan ICT bagi meningkatkan pengetahuan dan budaya ICT di kalangan kakitangan Hospital Duchess of Kent, Sandakan sejajar dengan matlamat negara.
Visi
Untuk membantu Pengurusan Hospital Duchess of Kent, Sandakan, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam melaksanakan inisiatif Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) bagi mencapai misi pada tahap optimum.
Skop Perkhidmatan
- Merancang dan menyediakan infrastruktur ICT selaras dengan Pelan Strategik Teknologi Maklumat (ISP) Kementerian Kesihatan Malaysia dan garis panduan pelaksanaan aplikasi Kerajaan Elektronik;
- Menyediakan perkhidmatan dan bantuan teknikal bagi pelaksanaan projek-projek ICT KKM dan aplikasi Kerajaan Elektronik di peringkat Hospital Duchess of Kent, Sandakan;
- Menyelenggara peralatan ICT dan rangkaian di Hospital Duchess of Kent, Sandakan supaya dapat berjalan dengan lancar.
- Memastikan sistem yang dibekalkan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah boleh digunakan dengan lancar di Hospital Duchess of Kent, Sandakan.