PENGENALAN
Unit endoskopi mula ditubuhkan pada 26.1.2011 di bawah jagaan Jabatan Pembedahan Am. Lokasi unit ini terletak di blok bangunan lama tingkat 1. Perkhidmatan yang disediakan adalah pemeriksaan serta rawatan endoskopi diagnostik dan terapeutik. Unit ini beroperasi pada pukul 8am hingga 5pm, dan 24 jam untuk kes-kes kecemasan juga akan dijalankan melalui perkhidmatan kecemasan yang dikendalikan oleh 'Team Oncall'. Pada masa ini Unit Endoskopi terdiri daripada 10 orang staff. 1 orang Penyelia Jururawat, 1 orang Ketua Jururawat (KUP), 7 orang Staf Nurse (Endoskopi pos basik) dan seorang PPK.
VISI
Pewujudan pelbagai jenis perkhidmatan perubatan khususnya perkhidmatan endoskopi yang berkualiti merangkumi perkhidmatan pesakit dalam dan luar dengan penekanan terhadap budaya korporat dan maruah. Pengurusan dan pengendalian Unit Endoskopi yang berasaskan prinsip pengurusan yang baik, teratur, terkini dan menitikberatkan perancangan-perancangan yang berkualiti tinggi
MISI
Perancangan program latihan kepada semua anggota hospital di Unit Endoskopi ke institusi tempatan, peringkat universiti dalam dan luar Negara. Tujuan meningkatkan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran ilmu dan teknik dalam bidang pengendalian prosedur-prosedur, perawatan dan perubatan endoskopi agar dapat melahirkan anggota yang effisien, profesional dan berdedikasi dalam memberi perkhidmatan
OBJEKTIF
Memberi perkhidmatan diagnostik dan terapeutik endoskopi yang berkesan dan tepat dalam perkhidmatan pesakit luar dan dalam.
Memberi perkhidmatan yang bermutu dan berkualiti tinggi serta memuaskan.
Pengurusan dan pengendalian Unit Endoskopi yang berasaskan prinsip pengurusan yang baik, teratur, terkini dan menitikberatkan perancangan yang berkualiti tinggi.
Menyediakan latihan yang mencukupi dan bermutu tinggi bagi memenuhi keperluan dan tenaga profesional pada masa ini dan akan datang bagi program rawatan.
PERKHIDMATAN / FASILITI YANG DISEDIAKAN
Secara amnya unit endoskopi menyediakan perkhidmatan untuk pesakit luar (rawatan harian) dan pesakit dalam. Perkhidmatan dijalankan oleh Jabatan Perubatan dan Jabatan Pembedahan Am mengikut jadual yang telah ditetapkan. Unit endoskopi juga menyediakan perkhidmatan selepas waktu pejabat dan hari kelepasan am atau perkhidmatan atas panggilan (On-Call). Perkhidmatan endoskopi 'BEDSIDE' turut dijalankan (di bilik pembedahan, wad dan jabatan kecemasan).
Antara perkhidmatan yang dijalankan adalah seperti:
1. OGDS
2. COLONOSCOPY
3. ERCP