Rehabilitasi

PENGENALAN

Unit Perubatan Rehabilitasi mula beroperasi pada tahun 2019, dianggotai oleh Pakar
Perubatan Rehabilitasi, Pegawai Perubatan Rehabilitasi, Ketua Jururawat, Jururawat
Terlatih dan Penolong Pegawai Perubatan.
 
PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
 Menerima kes-kes rujukan, merawat dan mengendalikan kes-kes yang memerlukan rehabilitasi
 Memberi perkhidmatan rehabilitasi untuk pesakit dalam
 Memberi perkhidmatan rehabilitasi untuk pesakit luar
 Membuat lawatan klinik pakar perubatan rehabilitasi ke Hospital Kinabatangan, Hospital Beluran and Klinik Kesihatan Telupid
 
JENIS PERKHIDMATAN REHABILITASI
 Perubatan Rehabilitasi menawarkan program pemulihan atau rehabilitasi daripada pelbagai jenis penyakit di antaranya :
 Rehabilitasi strok
 Rehabilitasi penyakit saraf tunjang
 Rehabilitasi kecederaan otak
 Rehabilitasi amputasi
 Rehabilitasi pediatrik

MASA PERKHIDMATAN
Klinik Perubatan Rehabilitasi:
Selasa (1 petang hingga 5 petang)
Jumaat (8 pagi hingga 12 tgh hari)
Perawatan Pesakit Dalam untuk rehabilitasi : 24 jam
 
HUBUNGI KAMI
Talian telefon : 089- 248600 ext 5113 (kaunter), 5114 (pejabat)