Kardiologi

PENGENALAN

Unit Kardiologi merupakan sebuah unit dibawah Jabatan Perubatan, Hospital Duchess Of Kent Sandakan. Memulakan perkhidmatan pada Januari 2006 dengan memberi perkhidmatan ujian Non-invasive kardiologi. Unit kardiologi bukan sahaja menerima pesakit luar (MOPD) dan pesakit dalam tetapi juga menerima rujukan kes dari hospital kinabatangan, hospital Beluran dan juga pusat-pusat kesihatan yang berhampiran.


VISI

 Menjadikan unit kardiologi Sandakan rujukan pantai timur Sabah.

 
MISI

    Menyediakan fasiliti atau peralatan perubatan yang memenuhi keperluan dan perawatan kardiovaskular.
    Menyediakan sumber manusia yang kompeten dan berpengetahuan serta berkemahiran dalam mengendalikan ujian-ujian Non-invasive Kardiologi.
    Menyediakan sistem kerja yang teratur, anjal (flexible) dan mesra pelanggan.

OBJEKTIF

Menyediakan perkhidmatan Non-invasive kardiologi yang cemerlang dan berkualiti di Hospital Duchess of Kent Sandakan.


PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

    Transthoraciceechocardiography (TTE) Echo.
    Exercise Stress Test (EST).
    24 hour's ECG monitoring (HOLTER).
    ECG.
    Six Minutes 'walk test.
    Bubble Study.
    Telecardiologi.