Perkhidmatan Ambulans

PENGENALAN

Bahagian Unit Pengangkutan adalah merupakan salah satu pusat tanggungjawab di Hospital Duchess Of Kent yang diletakkan di bawah Unit Pembantu Perubatan yang di ketuai oleh PPP Kanan Hj Ali Bin Abdullah dan dipantau secara langsung oleh Pengarah Hospital Duchess Of Kent Sandakan. Unit ini diwujudkan sebagai salah satu unit yang berperanan membantu menggerakkan aktiviti dan program Hospital Duchess Of kent Sandakan dalam pelbagai perkara bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan sampai kepada pesakit khasnya dan orang ramai amnya yang memerlukan. Setakat tahun 2023 terdapat 14 pemandu di mana 13 daripada pemandu tersebut adalah gred H11 dan satu lagi adalah gred H14 dan dikawal selia oleh seorang PPP U32 yang bertindak selaku Ketua yang menjaga unit pemandu Hospital Duchess Of Kent Sandakan. Lokasi Unit Pemandu/Pengangkutan telah berpindah beberapa kali sepanjang beberapa tahun dan terkini lokasi tersebut terletak dibangunan lama bersebelahan dengan “Day Care Centre”. Setakat tahun 2023 Unit Pemandu/Pengangkutan memiliki aset bergerak

1. 7 ambulance
2. 10 Kenderaan Pengangkutan
3. 1 Double Cab
4. 1 Lorry Nissan

VISI

Menjadi sebuah organisasi yang cemerlang ,efisyen dan kondusif dalam memberikan perkhidmatan pengangkutan kepada pelanggan (pesakit dan kakitangan).
 
MISI

Berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan dengan menekankan kepada aspek aspek kualiti dalam pengurusan.

OBJEKTIF

Menambah baik tadbir urus pengurusan dan perkhidmatan kenderaan/ ambulans dalam penyediaan perkhidmatan yang berkesan, lancar dan menyeluruh.


PIAGAM PELANGGAN

    Semua urusan permohonan kenderaan akan dilayan dalam tempoh 5 minit.
    Memberi maklum balas keputusan permohonan penggunaan kenderaan kepada pemohon dalam tempoh 2 hari bekerja dari tarikh perjalanan dengan disertakan dokumen yang diperlukan (Borang Permohonan Kenderaan Dalam/ Luar).
    Memastikan semua laporan kerosakan kenderaan diambil tindakan dalam tempoh tiga hari bekerja.
    Memastikan semua kenderaan di servis dan dibuat pemeriksaan PPM mengikut jadual yang telah ditetapkan.
    Memastikan setiap aduan diberi maklum balas selewat lewatnya tiga hari bekerja dari tarikh aduan diterima.


PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN


    Perkhidmatan Ambulans (mengambil dan menghantar pesakit) "Perioperative anaesthesia care" untuk pesakit yang memerlukan pembedahan.
    Medical standby.
    Latihan.
    Disaster.
    Perkhidmatan pengangkutan (ambil dan hantar staff, peralatan dan lain-lain).
    Perkhidmatan lain yang diarahkan oleh pengarah dari masa ke masa.