PENGENALAN
PT&K adalah singkatan bagi Perubatan Tradisional dan Komplementari. Unit ini merupakan satu unit baharu di Hospital Duchess of Kent dalam perawatan tradisional yang mula beroperasi pada 14 Disember 2010 dengan menawarkan perkhidmatan akupuntur dan urutan melayu. Manakala pada 15 Disember 2011 urutan selepas bersalin diperkenalkan. Pada masa ini unit P&TK di Hospital Duchess Of Kent (HDOK) mempunyai 5 orang kakitangan yang terdiri daripada seorang ketua unit, seorang jururawat masyarakat, 2 orang pengamal urut tradisional dan seorang pengamal akupuntur. Mereka telah terlatih dan mempunyai pengalaman serta memiliki sijil kelulusan. Mereka ini juga telah berdaftar dengan Badan Pengamal Perubatan Tradisional dan Komplementari yang dilantik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
VISI
Perubatan tradisional dan komplementari diintegrasikan secara optimum ke dalam sistem penjagaan kesihatan primer bagi mencapai pendekatan holistik dalam meningkatkan kesihatan dan kualiti hidup.
MISI
Amalan perubatan tradisional dan komplementari adalah selamat dan berkualiti bagi mencapai potensi yang optimum dalam penjagaan kesihatan primer.
OBJEKTIF
Unit Perubatan Tradisional & Komplementari, Hospital Duchess of Kent menjadi pusat rujukan pantai timur Sabah yang utama.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
Perubatan tradisional urut melayu dan perubatan tradisional akupunktur.