Pusat Sumber Diabetes

PENGENALAN

Pusat Sumber Diabetes adalah sebuah pusat rujukan mengenai penyakit diabetes kepada orang ramai. Pusat Sumber Diabetes ini terletak di aras dua Hospital iaitu di aras yang sama dengan Klinik Pakar Perubatan.


VISI

Untuk menjadi pusat kecemerlangan yang memberi perkhidmatan berkualiti dengan mengutamakan pelanggan melalui proses kerja unggul, penyertaan masyarakat dan warga kerja yang cekap, bertanggungjawab serta bersikap positif dan berfikiran progresif di dalam persekitaran yang selamat.

 
MISI

    Menyediakan maklumat dan bahan rujukan mengenai diabetes.
    Kemudahan internet.
    Perkhidmatan kaunseling.
    Pemeriksaan diabetes.
    Bekerjasama dengan badan-badan kerajaan, pihak swasta, pihak sukarela dan badan bukan kerajaan (NGO).
   Menyediakan peralatan untuk penjagaan diabetes.

OBJEKTIF

    Untuk meningkatkan kualiti penjagaan diabetes melalui pendidikan dan kaunseling kepada pesakit dan ahli keluarga.
    Untuk memberikan perkhidmatan sokongan dalam penjagaan diri.
    Untuk menggalakkan perkhidmatan masyarakat,badan bukan kerajaan dan pihak swasta secara lebih menyuluruh.
    Untuk membuat penyaringan dan diagnosa awal kepada masyarakat sekeliling mengenai diabetes.
    Untuk membantu penyelidikan berkaitan diabetes.


PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

    Pemeriksaan : Glukosa darah (glukometer), tekanan darah & indeks jisim badan (BMI).
    Perkhidmatan Kaunseling : Penjagaan diabetes,penjagaan kaki,ubat-ubatan & insulin,pemakanan & cara hidup sihat.
    Bahan Bacaan : Buku,majalah,jurnal,risalah,multimedia (internet) & audio visual.
    Persatuan Diabetes Malaysia