Respiratori

PENGENALAN

Unit Makmal Respiratori dan Hemodinamik ini telah wujud di hospital sejak tahun 2006. Pada waktu itu ia di Bangunan Lama ICU dan berpindah ke Bangunan Baru 6 tingkat pada bulan Oktober 2008. Unit ini berperanan dalam pengendalian mesin ventilator dan pencucian alat-alat pernafasan supaya dalam keadaan yang baik, bersih, kemas dan berfungsi dengan baik untuk digunakan oleh pesakit.

Semenjak makmal ini ditubuhkan, kerosakan peralatan khas/ kritikal di Unit Rawatan Rapi telah dapat dikurangkan. Penjagaan pesakit-pesakit yang menggunakan peralatan kritikal lebih memuaskan dengan adanya pembelian peralatan kritikal dan "disposables"yang lebih teratur.

Unit ini beroperasi pada waktu pejabat dari jam 8 pagi sehingga 5 petang dan juga menjalankan kerja-kerja lebih masa sekiranya diperlukan. Unit ini diketuai oleh Penolong Pegawai Perubatan U32 (Y/M). Unit ini turut dianggotai oleh 2 orang Penolong Pegawai Perubatan U29 dan 2 orang Pembantu Perawatan Kesihatan U11.


VISI

Menjadikan Makmal Respiratori dan Hemodinamik sebagai pusat sokongan dalam pengurusan mesin ventilator dan semua peralatan perubatan serta perkhidmatan yang berkualiti, cekap dan profesional.
 
MISI

Untuk mencapai visi unit ini dengan sentiasa meningkatkan pengetahuan dan menerapkan setiap kakitangan agar sentiasa mengamalkan profesionalisme, kerja berpasukan, penyayang serta mengadakan perkongsian pintar kepada pelanggan dengan teliti, berkualiti dan cemerlang di hospital ini.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

    Perkhidmatan dan pengurusan alat bantuan perubatan.
    Perkhidmatan dekontaminasi, rendaman, pencucian dan pengeringan.
    Perkhidmatan sokongan ujian paru-paru (lung function test).