Respiratori

PENGENALAN

Unit Makmal Respiratori dan Hemodinamik ini telah wujud di hospital sejak tahun 2006. Pada waktu itu ia di Bangunan Lama ICU dan berpindah ke Bangunan Baru 6 tingkat pada bulan Oktober 2008. Unit ini berperanan dalam pengendalian mesin ventilator dan pencucian alat-alat pernafasan supaya dalam keadaan yang baik, bersih, kemas dan berfungsi dengan baik untuk digunakan oleh pesakit.

Semenjak makmal ini ditubuhkan, kerosakan peralatan khas/ kritikal di Unit Rawatan Rapi telah dapat dikurangkan. Penjagaan pesakit-pesakit yang menggunakan peralatan kritikal lebih memuaskan dengan adanya pembelian peralatan kritikal dan "disposables"yang lebih teratur.

Unit ini beroperasi pada waktu pejabat dari jam 8 pagi sehingga 5 petang dan juga menjalankan kerja-kerja lebih masa sekiranya diperlukan. Unit ini diketuai oleh Penolong Pegawai Perubatan U32 (Y/M). Unit ini turut dianggotai oleh 2 orang Penolong Pegawai Perubatan U29 dan 2 orang Pembantu Perawatan Kesihatan U11.


VISI

Menjadikan Makmal Respiratori dan Hemodinamik sebagai pusat sokongan dalam pengurusan mesin ventilator dan semua peralatan perubatan serta perkhidmatan yang berkualiti, cekap dan profesional.
 
MISI

Untuk mencapai visi unit ini dengan sentiasa meningkatkan pengetahuan dan menerapkan setiap kakitangan agar sentiasa mengamalkan profesionalisme, kerja berpasukan, penyayang serta mengadakan perkongsian pintar kepada pelanggan dengan teliti, berkualiti dan cemerlang di hospital ini.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

    Perkhidmatan dan pengurusan alat bantuan perubatan.
    Perkhidmatan dekontaminasi, rendaman, pencucian dan pengeringan.
    Perkhidmatan sokongan ujian paru-paru (lung function test).

Pusat Jagaan Harian (DCC)

VISI

Menjadi peneraju dalam penyediaan perkhidmatan perubatan yang berkualiti dan selamat kepada penduduk dipantai timur sabah

 
MISI

Menyediakan perkhidmatan perubatan yang berkualiti dan selamat melalui intergrasi amalan klinikal, latihan kajian dan inovasi dengan penglibatan masyarakat bagi memenuhi kehendak pelanggan.

OBJEKTIF

    Mengurangkan kemasukkan pesakit ke wad dan dengan secara langsung boleh mengurangkan beban perkhidmatan pesakit dalam di hospital (congested).
    Membantu menjimatkan kos perbelanjaan kepada pesakit,keluarga pesakit dan jugak kementerian keseluruhannya.
    Mengurangkan risiko jangkitan nosokomial
    Menggalakkan urus tadbir klinikal yang lebih efisyen dan efektif.
    Meningkatkan kepuasan pelanggan serta memudahkan pesakit mendapatkan perkhidmatan di hospital dalam masa yang singkat dengan lebih selesa dan selamat.

Neurofisiologi

PENGENALAN

Unit Neurofisiologi Hospital Duchess of Kent Sandakan mula beroperasi pada Jun 2009 dibawah Pengurusan Dr. Zorina Khalid selaku Pengarah Hospital. Unit Neurofisiologi Hospital Duchess of Kent Sandakan merupakan hospital rujukan bagi kawasan Pantai Timur Sabah termasuklah Hospital Lahad Datu, Hospital Beluran, Hospital Kinabatangan serta Klinik Kesihatan Telupid dan Klinik Kesihatan Tongod. Unit yang ditempatkan di bilik OT lama ini mula memberikan perkhidmatan Ujian Diagnostik Electroencephalograph (EEG) Jun 2009 dengan kekuatan seorang staf Penolong Pegawai Perubatan U29 En. Aleysone Chong dan seorang Pembantu Perawatan Kesihatan U12 Pn. Nasarah Otoh. Unit Neurofisiologi pada asalnya (tahun 2009) mula beroperasi di bilik OT Lama (No.Lokasi:03-01-010) dan berpindah ke Unit Kardiologi, BilikKonsultasi 2 (No.Lokasi:02-GF-026) pada tahun berikutnya 2010 sehingga sekarang.


VISI

Menjadikan Hospital Duchess of Kent, Sandakan sebagai sebuah pusat rawatan berkualiti yang cermerlang dan terunggul di pantai timur Sabah.

 
MISI

Memberi kepuasan pelanggan yang menyeluruh melalui perkhidmatan yang cemerlang, berkualiti, beretika secara cekap dan profesional untuk memenuhi kehendak dan ekspektasi pelanggan.

OBJEKTIF

Mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan kepada pelanggan melalui perkhidmatan diagnostik, rawatan, penjagaan bermutu tinggi dan pemulihan awal yang berkesan serta berterusan.


PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

    Perkhidmatan Ujian Diagnostik Electroencephalograph (EEG)
   
Perkhidmatan Ujian Amplitude - Intergrated Electroencephalograph (AEEG)

Kardiologi

PENGENALAN

Unit Kardiologi merupakan sebuah unit dibawah Jabatan Perubatan, Hospital Duchess Of Kent Sandakan. Memulakan perkhidmatan pada Januari 2006 dengan memberi perkhidmatan ujian Non-invasive kardiologi. Unit kardiologi bukan sahaja menerima pesakit luar (MOPD) dan pesakit dalam tetapi juga menerima rujukan kes dari hospital kinabatangan, hospital Beluran dan juga pusat-pusat kesihatan yang berhampiran.


VISI

 Menjadikan unit kardiologi Sandakan rujukan pantai timur Sabah.

 
MISI

    Menyediakan fasiliti atau peralatan perubatan yang memenuhi keperluan dan perawatan kardiovaskular.
    Menyediakan sumber manusia yang kompeten dan berpengetahuan serta berkemahiran dalam mengendalikan ujian-ujian Non-invasive Kardiologi.
    Menyediakan sistem kerja yang teratur, anjal (flexible) dan mesra pelanggan.

OBJEKTIF

Menyediakan perkhidmatan Non-invasive kardiologi yang cemerlang dan berkualiti di Hospital Duchess of Kent Sandakan.


PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

    Transthoraciceechocardiography (TTE) Echo.
    Exercise Stress Test (EST).
    24 hour's ECG monitoring (HOLTER).
    ECG.
    Six Minutes 'walk test.
    Bubble Study.
    Telecardiologi.

Endoskopi

PENGENALAN

Unit endoskopi mula ditubuhkan pada 26.1.2011 di bawah jagaan Jabatan Pembedahan Am. Lokasi unit ini terletak di blok bangunan lama tingkat 1. Perkhidmatan yang disediakan adalah pemeriksaan serta rawatan endoskopi diagnostik dan terapeutik. Unit ini beroperasi pada pukul 8am hingga 5pm, dan 24 jam untuk kes-kes kecemasan juga akan dijalankan melalui perkhidmatan kecemasan yang dikendalikan oleh 'Team Oncall'. Pada masa ini Unit Endoskopi terdiri daripada 10 orang staff. 1 orang Penyelia Jururawat, 1 orang Ketua Jururawat (KUP), 7 orang Staf Nurse (Endoskopi pos basik) dan seorang PPK.

 

VISI

Pewujudan pelbagai jenis perkhidmatan perubatan khususnya perkhidmatan endoskopi yang berkualiti merangkumi perkhidmatan pesakit dalam dan luar dengan penekanan terhadap budaya korporat dan maruah. Pengurusan dan pengendalian Unit Endoskopi yang berasaskan prinsip pengurusan yang baik, teratur, terkini dan menitikberatkan perancangan-perancangan yang berkualiti tinggi


MISI

Perancangan program latihan kepada semua anggota hospital di Unit Endoskopi ke institusi tempatan, peringkat universiti dalam dan luar Negara. Tujuan meningkatkan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran ilmu dan teknik dalam bidang pengendalian prosedur-prosedur, perawatan dan perubatan endoskopi agar dapat melahirkan anggota yang effisien, profesional dan berdedikasi dalam memberi perkhidmatan


OBJEKTIF


    Memberi perkhidmatan diagnostik dan terapeutik endoskopi yang berkesan dan tepat dalam perkhidmatan pesakit luar dan dalam.
    Memberi perkhidmatan yang bermutu dan berkualiti tinggi serta memuaskan.
    Pengurusan dan pengendalian Unit Endoskopi yang berasaskan prinsip pengurusan yang baik, teratur, terkini dan menitikberatkan perancangan yang berkualiti tinggi.
    Menyediakan latihan yang mencukupi dan bermutu tinggi bagi memenuhi keperluan dan tenaga profesional pada masa ini dan akan datang bagi program rawatan.

PERKHIDMATAN / FASILITI YANG DISEDIAKAN

Secara amnya unit endoskopi menyediakan perkhidmatan untuk pesakit luar (rawatan harian) dan pesakit dalam. Perkhidmatan dijalankan oleh Jabatan Perubatan dan Jabatan Pembedahan Am mengikut jadual yang telah ditetapkan. Unit endoskopi juga menyediakan perkhidmatan selepas waktu pejabat dan hari kelepasan am atau perkhidmatan atas panggilan (On-Call). Perkhidmatan endoskopi 'BEDSIDE' turut dijalankan (di bilik pembedahan, wad dan jabatan kecemasan).

Antara perkhidmatan yang dijalankan adalah seperti:
1. OGDS
2. COLONOSCOPY
3. ERCP