Psikiatri dan Kesihatan Mental

PENGENALAN

Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental telah lama memulakan perkhidmatan di hospital ini, tetapi pada mulanya tidak terdapat wad dan klinik tersendiri. Wad Psikiatri telah dibuka pada 21 Mei 2007 dan terletak di Aras 1, Bangunan 3-6 Tingkat, Hospital Duchess of Kent. Kemudian, Klinik Psikiatri telah dipindahkan bersebelahan dengan Wad Perempuan Psikiatri pada 21 April 2008. Kini, Wad Psikiatri mempunyai 28 buah katil, iaitu 10 buah katil untuk Wad Perempuan dan 18 buah katil untuk Wad Lelaki.

VISI

Jabatan Psikiatri akan memberikan perkhidmatan Perawatan Psikiatri yang berkualiti, mesra, berhemah dan penyayang bagi memenuhi keperluan dan ekspitasi pelanggan.

MISI

Berusaha memberikan suasana penjagaan perawatan dan perkhidmatan Psikiatri yang cekap dan mesra melalui komitmen anggota kerja yang terlatih dan berpengetahuan dalam menangani permasalahan pesakit Psikiatri.

OBJEKTIF

  • Menyediakan, mempertingkat serta memperbaiki perkhidmatan Psikiatri dari masa ke semasa menurut pada keperluan pelanggan.
  • Mengurangkan kadar peningkatan pesakit psikiatri yang mengalami perulangan penyakit (relapse cases).
  • Memberikan ruang bagi pesakit psikiatri menjalani kehidupan di dalam komuniti setempat.
  • Mengurangkan risiko gangguan pesakit psikiatri di dalam komuniti.
  • Menyedarkan orang awam tentang pemikiran negatif terhadap pesakit psikiatri.

SKOP PERKHIDMATAN

Skop perkhidmatan Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental terbahagi kepada 3 bahagian:

Klinik Psikiatri

Penjagaan perawatan Psikiatri bagi kes ulangan serta menerima kes rujukan dari unit lain serta hospital atau pusat kesihatan yang berdekatan.

Jadual klinik adalah seperti berikut:

  • Klinik Pesakit Baru : Hari Rabu petang dan Jumaat pagi.
  • Klinik Susulan Dewasa : Hari Selasa pagi dan Khamis pagi.
  • Klinik Susulan Kanak-kanak dan Remaja : Hari Rabu petang setiap dua minggu sekali.

Perkhidmatan Komuniti Psikiatri (CMHT)

  • Untuk memberi perkhidmatan perawatan bagi kes-kes Psikiatri yang berisiko tinggi untuk berulang, mengesan dan memantau kes cicir rawatan yang berisiko serta kes-kes yang mempunyai sosio-ekonomi yang rendah.
  • Aktiviti ini dikendalikan oleh pasukan CMHT yang terdiri daripada doktor, penolong pegawai perubatan, jururawat serta jurupulih carakerja.
  • Program ini dijalankan pada hari Isnin dan Rabu, serta lawatan tambahan akan diadakan mengikut keperluan.
  • Program ini juga bertanggungjawab untuk kes yang memerlukan penghantaran pesakit pulang ke rumah keluarga.

Perkhidmatan Pesakit Dalaman (Wad)

  • Memberikan perkhidmatan yang lebih rapi dari segi penjagaan rawatan perubatan serta kejururawatan dan pemantauan berterusan ke atas pesakit yang berisiko.
  • Bagi mempercepatkan proses penyembuhan pesakit, pesakit juga diajar menjalankan aktiviti asas harian seperti penjagaan kebersihan diri dan sekeliling mereka serta pendidikan kesihatan mental khususnya penjagaan pengambilan ubatan dan pengawalan psikologi pesakit.
  • Berbagai aktiviti riadah yang lain seperti "morning walk" di sekitar wad atau di kawasan hospital yang difikirkan perlu, menonton televisyen, berkaraoke, sukan ringan dan beberapa permainan dalaman turut dijalankan. Terdapat juga aktiviti di luar wad seperti menanam sayur, penjagaan taman dan mencuci kereta.
  • Segala aktiviti tersebut adalah di atas kerjasama Jabatan Psikiatri dan Unit Pemulihan Carakerja bagi mencapai objektif wad.
  • Sebanyak 28 buah katil disediakan bagi pesakit dalaman, 18 buah katil bagi wad lelaki dan 10 buah katil bagi wad perempuan.

KRITERIA-KRITERIA PESAKIT BAGI SETIAP PERKHIDMATAN

Pesakit Luar (Klinik Psikiatri)

Pesakit yang mengalami atau mempunyai masalah pada gangguan mental atau pemikiran.

Contohnya:

  • Kemurungan
  • Gangguan corak tidur bagi jangka masa yang panjang
  • Keraguan yang berlebihan
  • Pertuturan yang tidak menentu
  • Masalah sikap yang berlebihan (melampaui batas kenormalan)
  • Keinginan untuk membunuh diri
  • Buruk sangka yang berlebihan

Pesakit Dalam (Wad)

  • Kes baru yang memerlukan pemeriksaan dan rawatan lanjut.
  • Kes ulangan yang mengalami perulangan yang teruk.
  • Kes cicir rawatan berisiko tinggi.
  • Kes-kes percubaan bunuh diri.
  • Kes-kes penagihan dadah yang berkaitan dengan masalah mental.

* Dirujuk kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan jika perlu.

  • Kes pesakit ulangan yang mengalami masalah kesan ubatan Psikotropik yang teruk.

Perkhidmatan Komuniti Psikiatri

  • Warganegara Malaysia.
  • Kes-kes berisiko tinggi untuk berulang.
  • Kes-kes cicir rawatan yang kerap.
  • Pesakit yang baru keluar daripada wad jika difikirkan perlu.
  • Penghantaran pesakit ke rumah di mana keluarga tidak datang untuk mengambil pesakit pulang ke rumah.

Radiologi

VISI

Mewujudkan sebuah jabatan radiologi yang terunggul yang serba lengkap dengan peralatan moden serta anggotanya yang cekap, mahir, komited, berprofesionalisme tinggi dan efektif dalam penyampaian perkhidmatan radiologi dengan tepat, berkualiti dan selamat.

MISI

Membantu dalam program pengurusan dan perawatan pesakit dengan memberi khidmat cekap dan mahir dalam semua pemeriksaan radiologi dengan menghasilkan imej radiograf / laporan radiologi yang bermutu diagnostik tinggi.

FUNGSI

Menyampaikan perkhidmatan pemeriksaan radiologi terhadap pesakit berpandukan kepada permintaan pakar dan pegawai perubatan serta keadaan pesakit daripada setiap disiplin klinikal di hospital ini serta hospital-hospital jiran mengikut keupayaan fasiliti yang ada.

OBJEKTIF

Melaksanakan setiap pemeriksaan radiologi dengan penuh prihatin terhadap keselamatan, keselesaan dan kebajikan setiap pesakit dan mengamalkan nilai-nilai budaya kerja korporat serta etika kerja yang mulia pada setiap masa.

PERKHIDMATAN / FASILITI YANG DISEDIAKAN

PERKHIDMATAN/FASILITI BILIK X-RAY LOKASI SAMB.
Radiografi Am 1 (Untuk Wad) Bilik 1 & 2 Bangunan Wad Lama (Ground Floor -Utama) 5186
Radiografi Am 2 (Klinik Pakar & Kecemasan) Bilik X-Ray KP Bangunan Klinik Pakar (Aras 4) 5416
Fluroskopi & Radiografi Berkontras
(**Perkhidmatan Fluroskopi diberhentikan buat sementara waktu)
Bilik Digital Fluoroskopi Bangunan Wad Lama (Ground Floor -Extention) 5177
Mammografi
(**Perkhidmatan Mammografi diberhentikan buat sementara waktu)
Bilik Mammografi Digital Bangunan Wad Lama (Ground Floor -Extention) 5177
Ultrasonografi Bilik Ultrasound Bangunan Wad Lama (Ground Floor -Extention) 5177
CT Scan Bilik CT Scan Bangunan Wad Lama (Ground Floor -Extention) 5165
Radiografi Dental (OPG) Bilik OPG Bangunan Wad Lama (Ground Floor -Extention) 5186

Lain-lain:

  • Radiografi "mobile" di wad-wad & Dewan Bedah / Forensik.
  • Perkhidmatan kecemasan 24 jam.

Oftalmologi

VISI

Menjadikan Jabatan Oftalmologi, Hospital Duchess of Kent dipercayai dan diyakini oleh masyarakat dengan taraf perkhidmatan yang cemerlang.

MISI

Memberi perkhidmatan Oftalmologi pada tahap yang cemerlang dengan dianggotai pakar dan kakitangan paramedik yang terlatih dan mahir serta cekap dan penuh tanggungjawab dalam memberi perkhidmatan Oftalmologi.

OBJEKTIF

Menentukan diagnosa, memberi perkhidmatan perawatan dan rehabilitatif yang sempurna, berkesan dan memuaskan hati klien yang memerlukan rawatan kepakaran dan penjagaan susulan.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

Skop perkhidmatan merangkumi penentuan diagnosa dan pemberian perkhidmatan rawatan dan penjagaan pesakit mengikut kepakaran Oftalmologi.

Prosedur-prosedur Rawatan dan Pembedahan:

  • Ujian Penglihatan
  • Pemeriksaan dan Penilaian Ocular
  • Pemeriksaan Tekanan Intraokular
  • Ujian Refraksi
  • Ujian Medan Penglihatan
  • Pembedahan Pterigium
  • "Chalazion Incision & Curretage"
  • "Lacrimal Duct Syringing"
  • "Removal of Extra Ocular Foreign Body"
  • "Epilation"
  • "Rodding"
  • "Eye Irrigation"
  • B-Scan
  • Biometry

Otorinolaringologi

PENGENALAN

Jabatan Otorinolaringologi (E.N.T.) merupakan salah satu komponen perkhidmatan pakar yang disediakan di Hospital Duchess of Kent, Sandakan.

Perkhidmatan Pakar Otorinolaringologi di HDOK Sandakan dimulakan pada tahun 1990 yang dikendalikan oleh seorang doktor pakar dari negara Myanmar, iaitu Dr. Win Tin. Pada masa tersebut beliau hanya dibantu oleh seorang Penolong Jururawat Terlatih.

Untuk pesakit dalam, jabatan ini kini diperuntukkan 6 katil di Wad Ortopedik Lelaki dan 4 katil di Wad Pembedahan Perempuan.

Sesi Klinik di Jabatan E.N.T. diadakan pada setiap hari Isnis, Selasa, Rabu dan Jumaat. Manakala sesi pembedahan di Dewan Bedah diadakan pada setiap hari Khamis. Sesi "follow-up" kes dari wad pula diadakan pada setiap hari. Pada hari Selasa pula, diperuntukkan untuk sesi lawatan Pakar ke hospital-hospital daerah kecil di sekitar Sandakan yang dilakukan sekali dalam sebulan.

VISI

Jabatan Otorinolaringologi Hospital Duchess of Kent, Sandakan akan menjadi Pusat Perkhidmatan Pakar yang berkualiti dan komprehensif di Pantai Timur Sabah yang dikendalikan oleh anggota yang profesional, cekap dan terlatih.

MISI

  • Jabatan Otorinolaringologi Hospital Duchess of Kent, Sandakan akan menjadi Pusat Rujukan dan Pembelajaran di Pantai Timur Sabah.
  • Memberikan pelbagai jenis perkhidmatan merangkumi pesakit dalam dan pesakit luar Klinik Pakar, Kecemasan dan masalah pendengaran dengan penekanan terhadap pencegahan, penyembuhan dan pemulihan.
  • Menyediakan anggota yang terlatih, cekap dan berdedikasi melalui pendidikan berterusan.

OBJEKTIF

  • Memberi perkhidmatan Otorinolaringologi yang sesuai dan berkualiti.
  • Meningkatkan taraf kesihatan dan kesedaran terhadap penjagaan telinga, hidung dan tekak di kalangan masyarakat.

FUNGSI

  • Menyediakan rawatan pesakit luar di klinik pakar.
  • Menyediakan rawatan pesakit dalam.
  • Memeriksa dan merawat kes-kes rujukan baru.
  • Menyediakan rawatan bagi semua kes kecemasan yang melibatkan masalah telinga, hidung & tekak.
  • Menyediakan pemeriksaan/ujian pendengaran oleh Pegawai Audiologi.
  • Menyediakan rawatan terapi pertuturan oleh Pegawai Pemulihan Pertuturan.
  • Menyediakan rawatan konsultasi dan menyelaraskan perkhidmatan Otorinolaringologi.
  • Menjalankan pembedahan ke atas kes-kes yang memerlukan pembedahan.
  • Memberi pendidikan kesihatan kepada pesakit.
  • Menjalankan Perkhidmatan Rawatan Pakar Otorinolaringologi ke hospital-hospital daerah sekitar Sandakan.

PERKHIDMATAN DI UNIT TERAPI PERTUTURAN HDOK SANDAKAN

Unit ini mula diwujudkan pada bulan Mac 2009 dan berikut adalah senarai kes-kes yang boleh dirujuk ke Unit ini:

  • Kanak-kanak yang mengalami masalah pertuturan (contoh: pelat, gagap).
  • Kanak-kanak yang lambat bercakap (berumur melebihi 2 tahun).
  • Kanak-kanak / bayi berisiko tinggi mengalami masalah bahasa/pertuturan (contoh: sindrom down, terencat akal, sumbing lelangit/bibir, cerebral palsy, dll).
  • Kanak-kanak dan orang dewasa yang mempunyai masalah pendengaran (memakai alat bantu dengar dan mengalami masalah komunikasi atau masalah dalam penyesuaian diri dengan alat bantu dengar).
  • Orang dewasa yang mengalami masalah bahasa/pertuturan selepas kemalangan atau serangan angin ahmar.
  • Orang dewasa yang mengalami masalah kegagapan.
  • Individu yang mengalami masalah penelanan.

Untuk sebarang pertanyaan, sila berhubung terus dengan unit berkenaan atau menghubungi talian sambungan 5319.