PEDIATRIK
VISI
Bahawa semua kanak-kanak dapat menikmati tahap kesihatan yang paling tinggi melalui akses ke kemudahan untuk mempromosikan kesihatan, pencegahan dan rawatan penyakit dan pemulihan kesihatan
MISI
Jabatan Pediatrik hendaklah:-
Menyediakan penjagaan kesihatan berkualiti yang berkesan, sesuai, tepat pada masanya dan responsif terhadap keperluan pesakit, keluarga, dan komuniti oleh pasukan kakitangan terlatih, komited, penyayang dan inovatif.
Bekerjasama dengan ibu bapa dan masyarakat sebagai rakan dalam menjaga anak-anak dan promosi kesejahteraan.
OBJEKTIF
Untuk menyediakan penjagaan yang berkualiti merangkumi aspek-aspek perawatan promosi, pencegahan, diagnostik, kuratif dan pemulihan yang mesra kanak-kanak dan keluarga kepada semua kanak-kanak sehingga usia 12 tahun ( penjagaan pesakit pediatrik yang sudah ada akan dilanjutkan sehingga usia 16 tahun ) .