UNIT KERJA SOSIAL PERUBATAN
PENGENALAN
kerja social perubatan wujud sebagai satu perkhidmatan yang menguruskan fungsi psikososial individu, keluarga dan komuniti bagi membantu pesakit mencapai tahap kesihatan yang lebih baik.Praktis kerja social perubatan berasaskan kepada pengetahuan dalam bidang kerja sosial yang merangkumi aspek psikologi, antropologi & sosiologi, perundangan social dan aspek kesihatan. Praktis kerja social perubatan merupakan aplikasi kerja social untuk menangani ketidakfungsian fizikal, social dan psikologi melalui kaedah kerjakes, kerja kumpulan dan kerja komuniti.kerja social perubatan wujud sebagai satu perkhidmatan yang menguruskan fungsi psikososial individu, keluarga dan komuniti bagi membantu pesakit mencapai tahap kesihatan yang lebih baik.Praktis kerja social perubatan berasaskan kepada pengetahuan dalam bidang kerja sosial yang merangkumi aspek psikologi, antropologi & sosiologi, perundangan social dan aspek kesihatan. Praktis kerja social perubatan merupakan aplikasi kerja social untuk menangani ketidakfungsian fizikal, social dan psikologi melalui kaedah kerjakes, kerja kumpulan dan kerja komuniti.
Secara amnya, Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan menangani pelbagai isu biopsikososial yang melibatkan pendekatan multi-disiplin dalam mencapai objektif total patient care. Perkhidmatan yang disediakan di hospital, institusi dan klinik kesihatan adalah untuk member bantuan psikososial kepada pesakit semasa proses rawatan, pemulihan dan pencegahan. Perkhidmatan ini membantu memulihkan kefungsian sosial agar pesakit menjadi lebih produktif, berdikari dan kembali kepada komuniti selaras dengan batas keupayaan mereka.
VISI
Memastikan keperluan psikososial pesakit, keluarga dan komuniti dipenuhi bagi mencapai kesihatan yang lebih baik.
MISI
Memberi khidmat psikososial yang cemerlang melalui bantuan praktik dan terapi sokongan.
OBJEKTIFI
Memberi perkhidmatan psikososial kepada pesakit semasa proses pencegahan, rawatan dan pemulihan.
Membantu memulihkan kefungsian sosial agar pesakit menjadi produktif, berdikari dan dapat kembali kepada komuniti selaras dengan batas keupayaan mereka.Membantu memulihkan kefungsian sosial agar pesakit menjadi produktif, berdikari dan dapat kembali kepada komuniti selaras dengan batas keupayaan mereka.
Meningkatkan keyakinan diri ke arah memperkasakan pesakit melalui khidmat terapi sokongan.