TEKNOLOGI MAKLUMAT

 

 

PENGENALAN

 

Unit Teknologi Maklumat merupakan salah satu unit sokongan bukan klinikal yang beroperasi terus di bawah Pengarah. Unit ini berfungsi untuk memastikan semua sistem dan pembangunan teknologi maklumat dikawal selia agar operasi dapat berjalan dengan lancar dalam memberikan perkhidmatan kepada pesakit. Hospital Keningau adalah merupakan salah sebuah hospital yang terpilih di dalam projek Hospital Information and Communication Technology (HICT) pakej 1 dan berada di dalam kategori Intermediate Hospital Information System (IHIS). Justeru, IHIS merupakan aktiviti utama unit ini kerana ia meliputi keseluruhan operasi hospital.

 

Selain IHIS, unit ini turut memantau perlaksanaan dan penyelenggaraan sistem-sistem perubatan dan bukan perubatan yang lain seperti HRMIS, SMRP, Telekonsultasi, e-Perolehan, Sistem Daftar Dokumen, Sistem Tempahan Bilik Gunasama, Sistem Ujian Kejururawatan, Sistem eDaftar, Sistem eLatihan dan lain-lain. Selain komponen sistem dan rangkaian, unit ini bertindak sebagai penyelaras aktiviti dan projek melalui Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

 

VISI

 

Menjadikan Hospital Keningau yang berkonsepkan budaya ICT bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan selaras dengan dasar Kerajaan Elektronik.

 

 

MISI

 

Mewujud, menyelaras, memantau dan menyelenggara keperluan infrastruktur dan sistem komunikasi dan teknologi maklumat (ICT).

 

 

OBJEKTIF

 

Menyelaras dan melaksanakan program-program Kerajaan Elektronik (EG) dan menyedia,    mengurus infrastruktur dan perkhidmatan ICT khususnya dalam bidang sistem aplikasi,rangkaian, latihan bantuan teknikal kepada pengguna dan perkhidmatan.

 

Mengurus penyelenggaraan peralatan, perisian dan sistem ICT serta memantau keselamatan    sistem dan rangkaian di Hospital Keningau.

 

Meningkatkan kualiti perkhidmatan ICT untuk menjadikan lebih cekap dan produktif.

 

Membantu pengurusan dalam menghasilkan keperluan IT dan memberi nasihat dan cadangan      ke atas potensi IT dalam memenuhi keperluan pengurusan.

 

 

PIAGAM PELANGGAN

 

Memberi initial response terhadap aduan kerosakan/masalah yang dihadapi dalam tempoh 45 minit selepas menerima laporan.

 

Membaikpulih masalah rangkaian dalam tempoh 1 hari (hari bekerja) selepas menerima laporan (1GovNet & Intranet).

 

Membaikpulih masalah sistem dalam tempoh maksimum 2 hari (hari bekerja) selepas menerima laporan.

 

Memastikan penyelenggaraan kerosakan komputer dan peralatan ICT siap dibaiki dalam tempoh 5 hari (hari bekerja) dari tarikh laporan kerosakan sekiranya pembaikan kerosakan dapat dibaiki sendiri oleh Juruteknik Komputer dan pihak kontraktor yang dilantik