1.  PENGENALAN UNIT 
1. Wad O&G dan Nursery mula beroperasi sejak 6 Ogos 1999.
2. Wad ini menerima kemasukan pesakit 3 disiplin iaitu Obstetrik, Gynea dan  
     Nursery.
3. Mempunyai 18 katil dengan pembahagian seperti:
     - Labour Room:                  2 katil.
-  Ante natal / Post natal:  10 katil. (termasuk 2 katil di 1st class).
- Gynea:                                4 katil.
-  Nursery:                            2 Katil.
4. Wad Bersalin adalah unit yang dikategori Unit Kritikal Hospital Tanpa Pakar, yang merawat dua nyawa iaitu ibu dan bayi.

5. Wad ini menerima dan merawat ibu-ibu yang  mengandung dari 28 minggu ke atas dengan kes masalah perubatan lain seperti AGE, Anemia, kurang gerakan bayi dan lain-lain.

6. Wad ini juga menerima dan merawat bayi-bayi yang berumur 0 hari sehingga umur 1 bulan, bayi premature dan sebagainya.

7. Wad ini juga menerima dan merawat ibu-ibu yang mengandung bawah 22 minggu ke bawah dengan masalah gynae seperti mengalami pendarahan, alahan semasa mengandung.

8. Selain untuk pesakit yang layak menduduki 1st Class, bilik 1st Class ini juga merupakan bilik pengasingan untuk penyakit berjangkit ( Herpes Zoster, TIBI, Covid-19 dan lain-lain) dan kes OSCC ( Kes Polis ).
9. Untuk penyakit Hepatitis, pesakit akan diletakkan di kubikel katil 11 yang tidak berdekatan dengan pesakit lain.
                     
2.  VISI
Untuk menjadikan Wad Bersalin sebagai sebuah pusat rawatan pesakit yang cemerlang, serasi pelanggan dan bersesuaian dalam bidang Obstetrik, Ginekologi dan Nursery.

3.  MISI
-  Untuk memberikan perawatan professional dan komited kepada penjagaan ibu mengandung dan bersalin serta masalah ginekologi.
-  Memberi perawatan yang berkesan terhadap bayi-bayi yang memerlukan penjagaan secara menyeluruh dan berterusan.
-  Memupuk kerjasama antara anggota, jabatan / wad dan pelanggan serta ahli keluarga untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.

4.  OBJEKTIF
1.  Memastikan pengurusan wad berjalan lancar dan peralatan berfungsi  dengan baik untuk menjamin taraf pengurusan pesakit berkesan dan optima.
2.  Memastikan pengurusan dan perawatan pesakit yang berkualiti serta mencegah komplikasi kesihatan bagi mencapai pemulihan awal dan berterusan.
3.  Merancang dan mengendalikan program-program seperti kursus, CNE/CME, ceramah dan memberikan dorongan serta tunjuk ajar kepada anggota-anggota wad bagi meningkatkan ilmu pengetahuan serta tahap kemahiran dalam bidang perawatan dan perubatan pesakit.
4.  Memberi peluang kepada anggota untuk mengikuti kursus/ latihan luaran untuk mempertingkatkan kemahiran.

 

5.  PIAGAM PELANGGAN
1.    Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra dan bersopan santun.

2.    Selepas tiba di wad, setiap pesakit dan keluarga mereka akan diberi maklumat sewajarnya mengenai kemasukan ke wad.

3.    Setiap pesakit diberikan katil yang telah siap sedia dalam masa 10 minit.

4.    Setiap pesakit diperiksa oleh doktor dalam mada 60 minit.

5.    Setiap pesakit diberi jaminan bahawa kehormatannya terpelihara semasa menerima rawatan.

6.    Segala maklumat dan rawatan mengenai pesakit akan dirahsiakan dan hanya akan diberitahu kepada pihak tertentu seperti yang termaktub dalam undang-undang.

DISCAJ   (KELUAR WAD)
1.    Pesakit akan diberitahu dalam masa 24 jam sebelum discaj. 

2.    Dan pesakit akan dibekalkan dengan perkara-perkara berikut:

●    Kad temujanji
●    Risalah rawatan susulan
●    Surat rujukan kepada pakar, pegawai perubatan atau klinik swasta yang merujuk
●    Nasihat yang tertentu.
.

6.  SKOP PERKHIDMATAN
1.    Menjalankan perawatan secara kompeten mengikut SOP dan CPG yang telah ditetapkan.
2.    Memberi perawatan yang saksama tanpa mengira kedudukan, bangsa dan agama.
3.    Memeriksa dan memasukkan  pesakit (Sakit puan, ibu ingin bersalin dan bayi bermasalah) ke wad selepas diperiksa oleh doktor bertugas.
4.    Memberi orientasi tentang keadaan wad, masa melawat, tandas, bilik mandi/ mandi bayi, air minum, makan dsb kepada pesakit / waris.
5.    Memeriksa dan memasukkan  ibu ke wad yang datang secara “direct” dan melakukan pendaftaran pesakit.
6.    Membantu kelahiran ibu.
7.    Membantu doktor dalam prosedur IOL (Induction Of Labour ) dan lain-lain.
8.    Pemeriksaan bayi baru lahir dan memberi Imunisasi pada bayi.
9.    Membantu dalam NRP /CPR.
10.    Membuat discaj pesakit, ibu dan bayi.
11.    Memberi pendidikan kesihatan – surat lahir, temujanji, ubat-ubatan, penyusuan susu ibu dsb.
12.    Bersedia dan mengiringi  pesakit yang perlu dirujuk ke Hospital Rujukan. 
13.    Menerima pesakit rujukan dari Klinik Kesihatan / hospital ( kes Stand Down).
14.    Memberi penerangan kepada pesakit dan suami / waris tentang Peneman Semasa Proses Bersalin.
15.    Membuat Sistem Maklumat I-Kelahiran / SMRP.
16.    Mengisi Maklumat dalam sistem My VAS

 

TANGGUNJAWAB PESAKIT

1.    Pesakit perlu memberikan kerjasama semasa pemeriksaan fizikal atau rawatan yang dijalankan.

2.    Memberi maklumat yang lengkap dan tepat tentang sejarah lalu yang berkaitan dengan kesihatannya, sejarah rawatan termasuk sebarang jenis pembedahan, sejarah kesihatan keluarga, sejarah pengambilan ubat dan sejarah sosialnya.

3.    Barang berharga seperti barang kemas, wang ringgit, telefon bimbit, dokumen dan lain-lain adalah atas risiko pesakit sendiri sekiranya dibawa bersama pesakit. 

4.    Pesakit / waris perlu memastiakan bahawa dirinya memahami setiap penerangan yang diberikan oleh pegawai perubatan berkaitan prosedur rawatan yang dijalankan ke atas diri pesakit.

5.    Pesakit / waris perlu bersedia untuk menerima semua ‘risiko kemungkinan’ yang bakal terjadi daripada keputusan yang diambil oleh diri pesakit / waris / keluarga yang dipertanggungjawabkan untuk membuat keputusan bagi pihak pesakit.

6.    Pesakit / waris bertanggungjawab menjelaskan semua kos rawatan yang dikenakan oleh pihak hospital.

7.    Pesakit perlu menepati setiap temujanji. Sekiranya ada masalah, pesakit perlu memaklumkan pihak hospital lebih awal agar temujanji baru dapat diaturkan semula.

8.    Tidak menyalahgunakan fasiliti / kemudahan awam yang terdapat di Hospital Kinabatangan.

9.    Menjaga tatasusila diri agar tidak mengganggu keselesaan dan hak-hak pesakit lain.

10.    Menerima pakai langkah-langkah pencegahan umum (universal precaution) mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

11.    Pesakit / waris/ keluarga haruslah mematuhi jadual masa melawat yang telah ditetapkan oleh pihak Hospital Kinabatangan. 

12.    Pesakit /waris/ keluarga haruslah mematuhi peraturan wad:- tidak mengambil gambar tentang situasi diwad.