PENGENALAN
1. Unit Kecemasan dan Trauma bertanggungjawab sebagai petugas barisan hadapan dalam Hospital Kinabatangan dan merupakan perkhidmatan yang kritikal dalam KKM.

2. Domain kepakaran yang ditawarkan di unit ini adalah penjagaan klinikal yang merangkumi masalah perubatan, penyakit atau kecederaan. Ini memperuntukkan rawatan kecemasan perubatan yang kritikal termasuk diagnostik, resusitasi dan komponen stabilisasi, serta intervensi untuk menyelamatkan nyawa pesakit.
3. Skop perkhidmatan unit ini terbahagi kepada dua iaitu penjagaan pra-hospital dan rawatan kecemasan dalam hospital.
4. Unit ini mendukung penjagaan pesakit secara menyeluruh dengan menanamkan nilai budaya korporat yang penyayang, berkerjasama dan professional.
5. Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Kinabatangan berfungsi untuk memberi rawatan kepada kalangan pesakit-pesakit di bawah: -
a. Pesakit trauma major.
b. Pesakit kanak-kanak.
c. Pesakit kesihatan mental.
d. Mangsa-mangsa penderaan domestik dan serangan seksual.
e. Pesakit yang menghidap penyakit berjangkit.
f. Pesakit yang terdedah kepada insiden kimia, biologi atau radiologi.
g. Pesakit yang memerlukan rawatan semasa dalam tahanan.
h. Penjagaan pra-hospital dan pemindahan pesakit secara inter-fasiliti.
6). Unit ini juga sentiasa bersiap sedia untuk merawat dan menguruskan mangsa-mangsa yang terlibat dalam bencana besar-besaran.
7). Hospital Kinabatangan merupakan salah satu hospital daerah yang termasuk dalam Program Hospital Kluster di bawah naungan Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan.

VISI 


Untuk menjadikan Unit Kecemasan & Trauma Hospital Kinabatangan sebagai pusat perkhidmatan yang berkualiti dan cekap melalui unit sokongan dan mesra demi meningkatkan mutu kehidupan.
MISI Berhasrat untuk menjadikan unit yang cemerlang menerusi:
• Pengendalian kes-kes kecemasan dengan cekap dan berkualiti.
• Penyediaan anggota kerja yang terlatih, berdedikasi, sopan santun, rajin dan mesra pelanggan.
• Suasana prasarana yang kondusif untuk keselesaan semua.

PIAGAM PELANGGAN
ZON TIDAK KRITIKAL (ZON HIJAU)
• Memberi rawatan yang sewajarnya dalam masa 30-60 minit.
• Kes-kes yang memerlukan rawatan lanjut atau memerlukan khidmat pakar perubatan akan dibuat demikian dalam masa 30 hingga 60 minit.
• Berusaha memberi perkhidmatan yang bersopan santun, cepat dan tepat.

ZON SEPARA KRITIKAL (ZON KUNING)
• Memberi rawatan kecemasan yang sewajarnya antara 3 hingga 15 minit.
• Kes-kes yang memerlukan rawatan lanjut / pakar dari unit / jabatan lain akan dirujukkan dalam masa 15 hingga 30 minit bergantung kepada kepadatan unit pada waktu berkenaan.
• Memberitahu segala perancangan tentang perawatan pesakit dari semasa ke semasa.
• Kes-kes akan dikeluarkan dari unit ini dalam masa 4 jam bergantung kepada kepadatan unit pada waktu berkenaan.
• Berusaha memberi perkhidmatan yang bersopan, cepat dan tepat.
• Kes-kes rujukan ke unit / jabatan kepakaran hendaklah diperiksa oleh Pegawai Perubatan dari unit / jabatan berkaitan dalam masa 30 minit dari masa rujukan dibuat.

ZON KRITIKAL (ZON MERAH)
• Memberi rawatan awal kecemasan yang sewajarnya dengan serta-merta.
• Kes-kes memerlukan rawatan lanjut / pakar akan dirujukkan dalam masa 10 hingga 20 minit bergantung kepada kepadatan unit / jabatan rujukan pada Ketika itu.
• Memaklumkan perkembangan pesakit dari masa ke semasa.
• Kes-kes kritikal yang telah stabil akan dimasukkan ke wad-wad yang berkaitan.

OBJEKTIF UMUM
Perkhidmatan Unit Kecemasan dan Trauma bermula dari Pre-Hospital Care sehinggalah ke Unit Kecemasan yang memberikan perkhidmatan 24 jam dengan tujuan khas memberikan perkhidmatan bermutu tinggi, cekap dan berkesan demi menyelamatkan nyawa. Disamping sebagai penanda aras terbaik Negara dalam memberikan perkhidmatan penjagaan dan perubatan kecemasan kepada masyarakat sejagat.

OBJEKTIF KHAS
1) Mengenal pasti pesakit-pesakit dengan segera dan berkesan serta memberikan rawatan kecemasan dan resustasi dengan segera kepada pesakit yang memerlukannya.
2) Mengurangkan kadar kemudaratan kepada pesakit akibat daripada kelambatan memberikan rawatan segera.
3) Sentiasa menggalakkan kakitangan menimba ilmu melalui latihan Pos Basik, CNE/CME dan kursus jangka pendek agar mendapat ilmu pengetahuan terbaru dan dapat mengaplikasikan ke dalam proses perawatan pesakit serta meningkatkan mutu perkhidmatan.

OBJEKTIF UNIT
1) Memberikan perkhidmatan berterusan untuk 24 jam bagi kes-kes kecemasan.
2) Mementingkan nyawa dan keselamatan pesakit.
3) Mengurangkan kesakitan dan menggalakkan pemulihan.
4) Bersedia sepanjang masa untuk sebarang kejadian bencana alam.
5) Memberikan perkhidmatan berkualiti, efisien, tepat dan cepat.
6) Perhubungan yang baik dengan pesakit, waris / keluarga dan kakitangan hospital amnya.
7) Memberikan Pendidikan kesihatan untuk meningkatkan taraf kesihatan masyarakat.