Unit Kejuruteraan Operasi

Image

Pengenalan

Unit Kejuruteraan memastikan Perkhidmatan Sokongan Hospital yang dilaksanakan oleh Syarikat Konsesi Sedafiat Sdn.Bhd dalam operasi Hospital supaya aset-asetnya berada pada tahap yang optimum dalam penambahbaikan melibatkan pemeriksaan, servis, pembaikan terhadap bangunan, sistem kejuruteraan, peralatan, infrastruktur dan utiliti berkaitan supaya ianya dapat berfungsi secara optimal di samping mengurangkan risiko kerosakan dan keselamatan.

Fasiliti di Hospital Kota Marudu adalah meliputi bangunan dan sistem kejuruteraan seperti awam, elektrik dan mekanikal serta persekitaran dan aset yang terdapat di dalam bangunan tersebut perlu diurus dengan cekap dan berkesan. Ianya mampu memberi tahap kebolehgunaan fasiliti hospital yang optimum kepada pemilik serta menyediakan suasana kondusif bagi memberikan perkhidmatan kepada pengguna untuk mencapai matlamat operasi sesebuah organisasi.

 

Visi

Visi utama Unit Kejuruteraan adalah memastikan perlaksanaan dan keberkesanan Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH) dalam enam perkhidmatan utama iaitu Facility Management Services (FMS), Facility Engineering Maintenance Services (FEMS), Biomedical Engineering Maintenance Services (BEMS), Linen And Laundry Services (LLS), Cleansing Services (CLS) dan Healthcare Waste Management Services (HWMS) dalam memberi tahap kebolehgunaan fasiliti kesihatan yang optimum kepada pemilik serta menyediakan suasana kondusif bagi memberikan perkhidmatan kepada pengguna untuk mencapai matlamat operasi sesebuah organisasi.

 

Misi

Misi Unit Kejuruteraan ialah untuk memastikan Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH) dipantau dan dilaksana dengan berkesan melalui :

Pematuhan kepada ‘Standard Operating Procedure’ (SOP) dan panduan-panduan semasa dalam memastikan sistem dan peralatan ‘Facility Engineering Maintenance Services’ (FEMS) di hospital selamat serta berada di tahap optimum untuk digunakan.
Memastikan perlaksanaan penyelenggaraan bagi kesemua peralatan perubatan ‘Biomedical Engineering Maintenance Services’ (BEMS).
Pematuhan kepada ‘Standard Operating Procedure’ (SOP) dan panduan-panduan semasa dalam memastikan ‘Healthcare Waste Management Services’ (HWMS) berjalan secara teratur dan selamat dari aspek kesihatan.
Pematuhan kepada ‘Standard Operating Procedure’ (SOP) dan panduan-panduan semasa dalam memastikan ‘Cleansing Services’ (CLS) berjalan secara teratur dan selamat.
Pematuhan kepada ‘Standard Operating Procedure’ (SOP) dan panduan-panduan semasa dalam memastikan ‘Linen And Laundry’ (LLS) berjalan secara teratur dan selamat.


Objektif

Memastikan operasi dan penyelenggaraan fasiliti bangunan/ sistem kejuruteraan/ aset dapat dilaksanakan dengan sistematik dan efektif dengan mengambil kira perancangan aktiviti dan belanjawan tahunan yang diperuntukkan.
Memastikan bahawa kehendak dan keperluan dipatuhi seperti yang dinyatakan dalam Perjanjian Konsesi.
Memastikan perkhidmatan sokongan hospital yang diberikan oleh Syarikat Konsesi adalah cekap dan selamat.
Membantu Pegawai Pengawal alma melaksanakan semua tanggungjawab pengurusan aset tak alih (Unit Pengurusan Aset) di Hospital Kota Marudu.


Polisi

Unit Kejuruteraan akan memastikan perkhidmatan yang disediakan oleh Syarikat Konsesi dan projek Kejuruteraan yang dijalankan adalah berkualiti melalui polisi berikut:-

Memantau pelaksanaan enam (6) perkhidmatan sokongan hospital agar ianya dilaksanakan mengikut kehendak dan keperluan seperti yang termaktub di dalam perjanjian konsesi.
Memantau semua aduan yang dibuat oleh pengguna diambil tindakan mengikut tempoh waktu tertentu.
Memastikan peruntukan yang dibelanjakan Kerajaan kepada syarikat konsesi adalah optimum dan berhemah.
Memantau dan menyelaraskan pematuhan Keperluan Berkanun (Statutory Requirements) dengan memeriksa rekod dan persijilan kakitangan / peralatan / loji yang memerlukan perundangan badan berkanun.
Memantau dan menyelaraskan isu-isu teknikal Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH) dengan pihak hospital dalam Mesyuarat Operasi Perkhidmatan Sokongan Hospital.
Memantau dan menyelaraskan Sustainability Programme yang dilaksanakan oleh Syarikat Konsesi iaitu Energy Management, Indoor Air Quality dan 3R Programme (Reduce, Reuse, Recycle)
Memantau, memeriksa dan menyelaraskan aset yang dicadangkan Beyond Economy Repair (BER) untuk memastikan aset yang disyorkan BER dan tidak selamat digunakan boleh dilupuskan dan digantikan.
Menganalisa, memantau dan menyusulkan Reimbursable Work (RW) oleh Syarikat Konsesi untuk menyelaraskan penambahbaikan kemudahan hospital yang di luar skop penyelenggaraan Syarikat Konsesi melalui Mesyuarat Jawatankuasa RW Hospital.
Mengesahkan HSIP - Hospital Specific Implementation Plan untuk memastikan HSIP berpandukan Technical Requirement and Key Performance Indicator (TRKPI) dan Master Agreed Procedure (MAP) perjanjian konsesi & keperluan pengguna.
Memantau dan memastikan projek-projek adalah memenuhi keperluan dan kepentingan pihak Kementerian, Jabatan dan pengguna hospital.
Memantau penyempurnaan projek adalah bersesuaian dengan akta, peraturan-peraturan, pekeliling-pekeliling, dan spesifikasi yang ditetapkan.
Memantau dan menyelaraskan pendaftaran aset tak alih Hospital berpandukan Garis Panduan Penentuan Aset Tak Alih dan Panduan Daftar Aset Khusus Jabatan Kerja Raya.

HUBUNGI KAMI

HOSPITAL KOTA MARUDU
PETI SURAT 255
89108 KOTA MARUDU
SABAH


TEL: 088-661984
FAX: 088-661967
EMEL: pengarah.kotamarudu@moh.gov.my
LAMAN WEB: https://jknsabah.moh.gov.my/hkm

 

WAKTU MELAWAT WAD

ISNIN - JUMAAT (HARI BEKERJA BIASA)

12:30PM - 2:00PM

4:30PM - 7:30PM

SABTU, AHAD DAN CUTI UMUM

12:30PM - 7:30PM

ANDA ADALAH PENGUNJUNG KE

020326
Today: 41
This Week: 41
Last Week: 429
This Month: 507
Last Month: 1,623
Hak Milik Terpelihara © 2024 Hospital Kota Marudu
Tarikh kemaskini: 5 September 2024

Penafian: Hospital Kota Marudu tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan akibat daripada penggunaan maklumat di laman ini.