A- A A+

 

 

 

Unit Kawalan Infeksi

 
PENGENALAN
Unit Kawalan Infeksi merupakan  satu unit sokongan klinikal Hospital Lahad Datu. Unit ini  mula beroperasi pada tahun 2005 dan seorang Jururawat Terlatih telah ditempatkan di Unit Kawalan Infeksi.  Fungsi utama Unit Kawalan Infeksi ialah mencegah dan mengawal jangkitan nosocomial (NI).

 

VISI

Unit Kawalan Infeksi Hospital Lahad Datu  akan menjadi  pusat rujukan peringkat  hospital dan klinik Kesihatan Daerah Lahad Datu ke arah pencegahan dan pengawalan jangkitan  HCAI (Healthcare Associated Infection) selaras dengan piawaian kawalan infeksi yang terkini.

 

MISI

Berusaha untuk mengwujudkan penglibatan dan penyertaan wargakerja hospital untuk memastikan program kawalan infeksi dilaksanakan selaras dengan polisi dan garispanduan Kawalan Infeksi Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

OBJEKTIF

Objektif Umum

Mengawal dan mengurangkan jangkitan HCAI (Healthcare Associated Infection).

Objektif Khusus

  • Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan wargakerja berkaitan dengan kawalan infeksi melalui pembelajaran berterusan.
  • Melindungi pesakit, wargakerja dan pelawat dari jangkitan HCAI.

 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

Penyeliaan Amalan Kawalan Infeksi

  1. Memastikan semua staf patuh kepada amalan 5 moment hand hygiene
  2. Memastikan amalan aseptic teknik dilakukan
  3. Memastikan pembersihan & pensterilan mengikut standard yang telah ditetapkan
  4. Memastikan penyimpanan alat –alat steril dan linen mengikut standard yng telah ditetapkan
  5. Memastikan pembuangan sisa am dan sisa klinikal yang betul
  6. Memastikan pengambilan specimen & penghantaran yang betul.
  7. Memastikan pengasingan pesakit sekiranya diperlukan.


Surveillance/Pemantauan

  1. Mengumpul data Alert Organisme( MRSA/ESBL/MRO)
  2. Melakukan aktiviti odit
  3. Melakukan Environmental odit
  4. Menjalankan Hand Hygiene odit
  5. Melakukan pencegahan dan pelaporan kejadian NSI


Pendidikan

  1. Menjadi tempat rujukan dan penasihat mengenai perkara yang berkaitan kawalan            infeksi berpandukan polisi dan prosedur kawalan infeksi
  2. Menyebarkan, mendidik, membuat latihan  dan mengujudkan kesedaran   mengenai kawalan infeksi kepada semua anggota kesihatan dan anggota kumpulan sokongan hospital.

Penyelidikan

  1. Menjalankan penyelidikan berasaskan bukti dan menjalankan aktiviti peningkatan kualiti
  2. Melakukan Sampling (Air, Water and Environmental)
Dr. Laila Mastura AmranPeg. Perubatan (Ketua Jabatan)

Contact Information

5305
Hakcipta Terpelihara @ 2020 - Hospital Lahad Datu
Paparan terbaik menggunakan pelayar Web Microsoft Edge, Mozilla Firefox & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366x768

Offcanvas Menu