Pengenalan
Berfungsi untuk memberi khidmat nasihat keselamatan perlindungan kepada Hospital Lahad Datu, bagi memastikan tahap keselamatan fizikal, dokumen dan keselamatan peribadi sentiasa dalam keadaan terkawal. Memastikan tiada aktiviti subversif, espiopnaj dan sabotaj berlaku dalam fasiliti Hospital Lahad Datu.
Visi
Untuk menjadi rujukan utama utama berkaitan keselamatan perlindungan di semua jabatan / unit / wad Hospital bagi menjamin arahan dan peraturan berkaitan keselamatan perlindungan dipatuhi dan dilaksana.
Misi
Untuk memastikan semua aspek keselamatan perlindungan dilaksanakan di jabatan / unit / wad di Hospital kerajaan.
Objektif
OBJEKTIF SPESIFIK
- Memastikan Hospital Lahad Datu selamat dan terlindung dari sebarang insiden yang melibatkan keselamatan yang boleh menjejaskan nama baik Hospital.
- Memastikan kawalan Keselamatan Perlindungan Hospital dari aspek fizikal, dokumen dan peribadi berada dalam keadaan optimum sepanjang masa.
OBJEKTIF AM
- Memastikan perlindungan diberikan kepada orang awam, pesakit, kakitangan dan juga harta benda kerajaan.
- Memastikan aset pesakit, kakitangan dan orang awam selamat semasa berada di dalam kawasan Hospital.
- Memberikan keyakinan kepada orang awam akan tahap Keselamatan Hospital Lahad Datu.
- Mencegah daripada berlakunya sebarang insiden pencerobohan, kecurian, penculikan, vandalisme dan jenayah di dalam kawasan Hospital.
- Memastikan semua insiden yang berhubungkait dengan soal keselamatan disiasat atau dirujuk kepada pihak tertentu berserta pelan pencegahan.
- Memastikan kawalan keselamatan lalulintas dan kawalan keselamatan kenderaan yang berada di dalam kawasan hospital samaada milik persendirian ataupun milik kerajaan.
- Memastikan keselamatan rekod-rekod serta dokumen milik pelanggan.