PENGENALAN
Unit Psikologi Kaunseling merupakan satu unit sokongan bukan klinikal yang menyediakan perkhidmatan psikologi kaunseling yang merangkumi perkhidmatan kaunseling individu, kelompok, kerjaya, perkahwinan dan lain-lain. Perkhidmatan ini disediakan untuk semua pesakit yang memerlukan dan juga kepada anggota kesihatan di Daerah Lahad Datu dan daerah yang berhampiran yang tidak mempunyai perkhidmatan psikologi kaunseling
VISI
Menyediakan perkhidmatan kaunseling yang profesional dan berkualiti berdasarkan kod etika perkhidmatan.
MISI
Unit Psikologi Kaunseling akan senitasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan dari semasa ke semasa seiring dangan kehendak dan keperluan perkhidmatan
OBJEKTIF
Melaksanakan perkhidmatan psikologi kaunseling dengan mewujudkan satu kaedah pengurusan bersepadu dan tersusun kepada pesakit dan anggota kesihatan yang memerlukan bantuan dan bimbingan.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
Melaksanakan program pengupayaan kendiri iaitu kaunseling individu dan kaunseling kelompok bagi pesakit dan anggota kesihatan dalam membantu pemulihan klien dari aspek kognitif, tingkah laku, emosi dan sosial:
- Melaksanakan program pembangunan sahsiah diri kepada anggota hospital lahad datu untuk meningkatkan kompetensi dan memantapkan perkhidmatan.
- Melaksanakan program pembangunan sahsiah diri kepada anggota Hospital Lahad Datu untuk meningkatkan kompetensi dan memantapkan perkhidmatan.
- Melaksanakan program pembangunan sahsiah diri kepada anggota Hospital Lahad Datu untuk meningkatkan kompetensi dan memantapkan perkhidmatan.
- Melaksanakan jemputan program pencegahan dan Program Intervensi Psikososial daripada PTJ/unit dan agensi luar.
- Melaksanakan fasa-fasa exit policy kepada anggota Jabatan Kesihatan Negeri Sabah yang tersenarai mengikut keperluan dan arahan KKM & JPA agar dapat membantu jabatan mengekalkan anggota yang masih komited dalam perkhidmatan.
- Mentadbir ujian psikometrik kepada anggota kesihatan bagi mengenal pasti potensi diri klien dalam meningkatkan produktiviti anggota dan prestasi jabatan.
- Melaksanakan program pengurusan kewangan berhemah bagi agar anggota tidak terlibat dengan masalah kewangan dan jenayah kewangan. Selain itu merangkan program yang bersesuaian bagi anggota yang tersenarai dalam kategori keterhutangan serius.
- Melaksanakan aktiviti PFA (Psychological First Aid) bagi meningkatkan kestabilan dan kesejahteraan kesihatan mental mangsa -mangsa bencana sekiranya berlaku.