A- A A+

 

 

 

Unit Rekod Perubatan

 
PENGENALAN
Unit Rekod Perubatan berfungsi sebagai penyelaras kepada semua urusan berkaitan dengan rekod perubatan. Selain itu, ia juga berfungsi sebagai pemantau terhadap pergerakan dalam penggunaan rekod bagi menjaga aspek kerahsiaan dan keselamatan seterusnya mengelakkan insiden kehilangan rekod perubatan. Unit ini juga bertanggungjawab menyimpan rekod mengikut tempoh yang ditetapkan dan melaksanakan aktiviti pelupusan bagi rekod yang tidak diperlukan. Sebagai tambahan, unit ini juga berperanan sebagai penyelaras kepada permohonan laporan perubatan selain daripada menyediakan statistik berkaitan perkhidmatan klinikal dan sokongna klinikal.

 

VISI

Menjadi pusat maklumat rawatan pesakit yang berkualiti dan penyimpanan rekod perubatan pesakit yang menitikberatkan taraf keselamatan dan pengawalan yang sistematik.

 

MISI

Mewujudkan sistem perkhidmatan rekod perubatan dan maklumat rawatan pesakit yang berkualiti dan berkesan kepada semua melalui kakitangan yang berdedikasi, terlatih dan cekap berlandaskan kesedaran budaya korporat Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

OBJEKTIF

  1. Memberi dan menyediakan perkhidmatan penyimpanan dan menjaga keselamatan rekod perubatan.
  2. Bertanggungjawab dalam penerimaan permohonan dan pengeluaran laporan perubatan.
  3. Bertanggungjawab dalam penyediaan maklumat rawatan pesakit untuk hospital.
Asiah SangkalaPen. Pegawai Tadbir

Contact Information

2441
Hakcipta Terpelihara @ 2020 - Hospital Lahad Datu
Paparan terbaik menggunakan pelayar Web Microsoft Edge, Mozilla Firefox & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366x768
Kemaskini : 11 Jun 2024

Please publish modules in offcanvas position.