A- A A+

 

 

 

Unit Kerja Sosial & Kebajikan

 

PENGENALAN

Unit Kerja Sosial Perubatan Hospital Lahad Datu diwujudkan pada tahun 2008. Visi utama unit ini adalah ke arah peningkatan kesejahteraan sosial masyarakat manakala misi utama unit ini ialah memberikan perkhidmatan sosial yang berkualiti dan profesional kepada pesakit yang mempunyai masalah psikososial pada setiap waktu dan masa. Fokus utama unit ini memberikan perkhidmatan bantuan praktik meliputi peralatan perubatan, kos rawatan, penempatan institusi, lawatan ke rumah dan sebagainya manakala terapi sokongan lebih mengfokuskan kepada khidmat perundingan serta khidmat nasihat dan bimbingan bagi kes-kes seperti rogol, keganasan rumahtangga, penderaan kanak-kanak dan sebagainya.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
Setiap pesakit yang dirujuk ke Unit Kerja Sosial Perubatan oleh Pakar Perubatan atau Pegawai Perubatan untuk permohonan bantuan terutamanya alat perubatan akan dirujuk ke agensi-agensi kerajaan seperti Tabung Bantuan Perubatan (KKM), Zakat Sabah, Baitulmal Sabah dan sebagainya atau badan bukan kerajaan seperti Majlis Kanser Nasional (MAKNA), orang perseorangan dan sebagainya.
En. Abu Bakar Bin IsdaelPeg. Kerja Sosial Perubatan

Contact Information

2307
Hakcipta Terpelihara @ 2020 - Hospital Lahad Datu
Paparan terbaik menggunakan pelayar Web Microsoft Edge, Mozilla Firefox & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366x768

Please publish modules in offcanvas position.