A- A A+

 

 

 

Jabatan Otorinolaringologi

 

PENGENALAN

Jabatan Otorinolaringologi (ORL) terletak di aras 2 Klinik Pakar . Mula beroperasi sepenuhnya pada bulan 11 Januari 2015 . Jabatan ini mempunyai kekuatan anggota seramai 6 orang iaitu 3 orang Pegawai Perubatan, 2 orang Penolong Pegawai Perubatan dan Seorang Jururawat Terlatih.

 

VISI

Kami ingin memastikan Perkhidmatan ORL di Hospital Lahad Datu Bermutu & Berkualiti serta mengamalkan Prinsip Masyarakat Penyayang.

 

MISI

Berusaha untuk meningkatkan proses penyembuhan pesakit yang menghadapi masalah Telinga, Hidung & Tekak dengan melakukan pengesanan serta Rawatan pada peringkat Awal dengan menggunakan Kemudahan yang sedia ada.

 

 OBJEKTIF

Jabatan Otorinolaringologi Hospital Lahad Datu, Menyediakan Perkhidmatan Diagnostik, Rawatan Dan Pemulihan Kepada Pesakit Telinga, Hidung Dan Tekak Bagi Meningkatkan Kualiti Kesihatan Kepada Semua Lapisan Masyarakat Khususnya Di Daerah Lahad Datu, Sabah.

 

SUMBER MANUSIA

Buat masa kini, Jabatan ORL diperkasakan dengan penempatan kekal tiga (3) orang Pegawai Perubatan Gred UD48, UD44 DAN UD43, dua (2) orang Penolong Pegawai Perubatan Gred U29 dan seorang (1) Jururawat Terlatih U29

 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

Pesakit yang menjalani Pemeriksaan / Rawatan susulan di Klinik Orl akan dikenakan bayaran Perkhidmatan & perawatan dikendalikan oleh Unit Hasil di Kaunter Klinik Pakar. Klinik ORL beroperasi pada waktu pejabat (8 am – 5 pm).

Selepas waktu pejabat / Hari Kelepasan - Tugas On Call dilakukan oleh Pegawai Perubatan. Khidmat Pakar ORL melalui Program Kluster Lawatan Pakar ORL dari Jabatan ORL Hospital Tawau pada setiap bulan iaitu setiap hari rabu . Malangnya dalam tempoh pandemic Covid-19 progran ini dihentikan buat sementara waktu dan disambung semula bermula September 2021. Menerima kes rujukan yang di rujuk dari mana-mana Hospital, Jabatan Pesakit Luar / Jabatan kecemasan / Klinik Swasta / Wad & unit. Membuat dan memberi temujanji bagi kes-kes yang bukan kecemasan dan rawatan susulan.

  • Menyediakan perkhidmatan pemeriksaan dan rawatan susulan yang dikendalikan oleh Pegawai Perubatan dan Penolong Pegawai Perubatan.
  • Bagi kes kecemasan & lain-lain kes yang memerlukan rujukan akan di rujuk ke hospital berhampiran iaitu Hospital Tawau .
  • Bilik Prosidur digunakan untuk pembedahan minor iaitu :-
  1. Mengambil sampel berkaitan seperti prosidur “fine needle aspiration cytology” (FNAC) dan  biopsi.
  2. Menukar tiub trakeostomi bagi pesakit luar.
  3. Melakukan prosidur Toilet & Suturing (T&S), Incision & Drainage (I&D), Excision Biopsy serta lain-lain prosidur yang boleh dilakukan di klinik.

 

Dr. V Sha Kri A/L Eh DamPakar Perubatan (Ketua Jabatan)

Contact Information

2404
Hakcipta Terpelihara @ 2020 - Hospital Lahad Datu
Paparan terbaik menggunakan pelayar Web Microsoft Edge, Mozilla Firefox & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366x768
Kemaskini : 6 Februari 2024

Please publish modules in offcanvas position.