A- A A+

 

 

 

UNIT HEMODIALISIS

PENGENALAN

Unit Hemodialisis Hospital Lahad Datu yang terletak di aras dua telah mula beroperasi pada 20 / 8 / 2002  dengan dikendalikan oleh 3 orang kakitangan iaitu  2 orang Pembantu Perubatan dan  Seorang Jururawat Terlatih yang telah menjalani latihan Asas Perawatan Renal di Hospital Kuala Lumpur. Pada masa pembukaan unit ini telah memberi khidmat kepada 12 orang pesakit ESRD, 11 orang daripadanya pesakit yang dipindahkan daripada HDU Hospital Tawau dan seorang lagi merupakan pesakit yang menjalani “Home Dialysis” dimasukkan ke unit ini. Terdapat 8 buah mesin Hemodialisis, 7 buah mesin ditempatkan di dalam unit, manakala sebuah mesin lagi ditempatkan di Unit Rawatan Rapi yang terletak di aras tiga bangunan hospital ini.

 

VISI

Unit ini akan menjadi pusat rawatan haemodialysis yang utama di daerah Lahad Datu melalui sistem yang adil, komited, berkualiti, dengan layanan mesra, ikhlas serta bersedia membantu sepanjang masa

 

MISI

Unit haemodialysis Hospital Lahad Datu adalah komited untuk memberikan perkhidmatan yang cermerlang dengan kemudahan serta kepakaran yang ada kepada semua pelanggan tanpa memilih status, warna kulit, agama dan keturunan berkonsepkan ’first come, first serve’ sentiasa meningkatkan kemahiran dan Kualiti perkhidmatan secara berterusan supaya dapat memberi kepuasankepada semua pelagggan.

 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

  • Perkhidmatan Kaunter.
  • Perkhidmatan mesra pelanggan.
  • Perkhidmatan Rawatan Hemodialisis untuk pesakit luar
  • Perkhidmatan Rawatan Hemodialisis untuk pesakit dalam
  • Perkhidmatan Klinik Lawatan Pakar Nefrologi 4 bulan sekali.
  • Program  kaunseling dan pendidikan kesihatan terhadap pesakit, keluarga pesakit atau penjaga  dan kakitangan Hospital Lahad Datu.
  • Program khidmat nasihat untuk kakitangan unit hemodialisis {NGO}, di daerah Lahad Datu.
  • Perkhidmatan bimbingan dan nasihat berhubung persediaan dan pemeriksaan yang perlu dilakukan bagi pesakit yang akan menjalani “Renal Transplant”

 

 

Dr. Lee Tung MengPakar Perubatan Umum (Ketua Jabatan)

Contact Information

2113
Hakcipta Terpelihara @ 2020 - Hospital Lahad Datu
Paparan terbaik menggunakan pelayar Web Microsoft Edge, Mozilla Firefox & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366x768
Kemaskini : 6 Februari 2024

Please publish modules in offcanvas position.