A- A A+

 

 

 

JABATAN PSIKIATRI

 

PENGENALAN

Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Lahad Datu telah mula beroperasi sejak 01.OGOS.2017 sebagai salah satu komponen perkhidmatan kesihatan di Hospital Lahad Datu. Pada mulanya jabatan ini hanya dianggotai oleh seorang Pegawai Perubatan, 2 orang Penolong Pegawai Perubatan dan seorang Jururawat Masyarakat. Sehingga kini, terdapat seramai 13 orang staf pelbagai kategori yang menggerakkan perkhidmatan di jabatan ini.

Aspek penekanan kami ialah bidang Psikiatri sebagai salah satu bidang dalam disiplin perubatan. Sewajarnya semua pesakit di dalam catchment area boleh menerima rawatan dengan mudah dan cepat, mengurangkan stigma terhadap penyakit mental dan kualiti hidup mereka dapat ditingkatkan. Ini sejajar dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mendifinisikan kesihatan sebagai Physical, Mental and Social Well Being.

 

VISI

Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Lahad Datu akan memberikan Perkhidmatan Psikiatri Dan Kesihatan Mental yang penyayang, menyeluruh dan inovatif dengan berpandukan teknologi dan ilmu pengetahuan yang bersesuaian melalui budaya kerja yang Profesional Dan Berkerja Berpasukan untuk semua pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital ini dalam suasana kerja yang kondusif dan pembelajaran berterusan dengan mengambilkira kebudayaan dan keperluan setempat.

 
MISI

Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Lahad Datu berdedikasi untuk memberikan perkhidmatan yang bermutu kepada penduduk di Negeri ini khasnya di daerah Lahad Datu. Kami beriltizam akan berkerjasama secara kreatif untuk memberi perkhidmatan dengan penuh hormat, bertanggungjawab serta cekap. Kami akan responsif kepada keperluan pesakit, majikan, organisasi dan mengekalkan keikhlasan serta etika yang unggul

 
OBJEKTIF
  1. meningkatkan pengesanan awal penyakit mental di dalam masyarakat
  2. memberi khidmat rawatan asas yang cekap dan berkesan kepada semua pesakit
  3. meningkatkan kes pesakit yang bebas daripada gejala penyakit menerusi pendekatan bersepadu yang melibatkan pesakit serta ahli keluarga.
  4. mengembangkan program pemulihan pesakit di dalam komuniti
  5. meningkatkan penyertaan masyarakat setempat untuk membantu program pemulihan pesakit di dalam komuniti
  6. mempromosi dan meningkatkan program kesihatan mental dalam masyarakat
 
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
  1. Perkhidmatan Klinik Pesakit Luar
  2. Perkhidmatan Pesakit Dalam
  3. Perkhidmatan Pasukan Psikiatri Komuniti
  4. Perkhidmatan Liaison Psychiatry
  5. Perkhidmatan Neuro-Psikiatri Kanak – Kanak
  6. Pusat Kesihatan Mental Komuniti (MENTARI K.K Silabukan)
  7. Perkhidmatan Klinik Psikiatri Pelawat di Hospital Kunak dan K.K Tungku
Dr. Barath Chidambar a/l SubramaniamKetua Jabatan

Contact Information

2450
Hakcipta Terpelihara @ 2020 - Hospital Lahad Datu
Paparan terbaik menggunakan pelayar Web Microsoft Edge, Mozilla Firefox & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366x768

Please publish modules in offcanvas position.