A- A A+

 

 

 

Jabatan Obstetrik & Ginekologi

 

PENGENALAN

Jabatan Obsetrik dan Ginekologi merupakan salah satu jabatan sokongan klinikal di Hospital Lahad Datu yang menyediakan perkhidmatan penjagaan kepada ibu mengandung, ibu –ibu dalam proses kelahiran dan pelanggan hospital ini yang menghadapi masalah ginekologi. Jabatan ini terdiri daripada beberapa unit iaitu:

  1. Wad Antenatal
  2. Dewan Bersalin
  3. Wad Pos natal
  4. Wad Ginekologi

 

VISI

Jabatan O&G akan menjadi Jabatan yang dapat memberikan perkhidmatan yang selamat dan selesa untuk ibu-ibu dan bayi melalui perkhidmatan  berkualiti yang serasi pelanggan,melalui anggota pasukan yang cekap,berpengetahuan dan berhemah tinggi.

 
MISI
  • Menyediakan perkhidmatan perubatan dan perawatan kepada semua pelanggan,
  • Memberi khidmat penjagaan,perawatan dan mempromosi penyusuan susu ibu kepada semua pelanggan.
  • Memberikan perndidikan kesihatan yang berterusan dalam meningkatkan taraf kesihatan individu,keluarga dan masyarakat
  • Memupuk sifat-sifat penyayang dan professional serta semangat kerja berpasukan di kalangan semua kakitangan.

 

OBJEKTIF

Memberi perkhidmatan berkualiti cekap dan layanan mesra kepada semua pelanggan.

 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

WAD ANTENATAL;

Wad ini terletak di aras 1, memberikan perkhidmatan jagaan kepada ibu-ibu yang mengandung yang dalam proses kelahiran dan ibu-ibu yang mempunyai komplikasi semasa mengandung seperti Darah Tinggi, Anemia dan sebagainya. Wad ini menerima kemasukan ibu mengandung daripada Dewan Bersalin,Klinik Pakar dan Jabatan Kecemasan.

 

DEWAN BERSALIN;

Terletak berhadapan dengan Wad Antenatal di aras 1 dan mempunyai 8 bilik bersalin dan 1 bilik pemeriksaan. Unit ini merupakan nadi kepada perkhidmatan di jabatan ini. Antara perkhidmatan yang disedian di unit ini ialah :-

  1. Menerima dan membuat pemeriksaan ibu mengandung yang datang untuk bersalin samada secara `walk in’ atau dirujuk daripada,Klinik Pakar, Klinik Kesihatan,Klinik swasta,Klinik Estet dan Jabatan Kecemasan.
  2. Menyambut kelahiran bayi secara normal,instrumental ataupun pembedahan.
  3. Merupakan pusat kemasukan ibu mengandung di atas 22 minggu ke wad antenatal dan postnatal.

WAD GINEKOLOGI;

Wad ini terletak di aras 4 dan mempunyai 28 katil. Wad ini merupakan wad multidisipin di mana selain kes-kes ginekologi, wad ini juga menempatkan pesakit wanita dari disipin Ortho, Surgeri, Mata dan ENT. Wad ini memberikan penjagaan kepada pesakit-pesakit yang mengidapi masalah Ginekologi. wad antenatal dan postnatal.

 

WAD POS NATAL;

Wad ini terletak di aras 3 dan mempunyai 28 katil yang menyediakan perkhidmatan jagaan kepada ibu-ibu selepas bersalin dan jagaan kepada bayi. Selain itu, wad ini juga memberikan khidmat natuan dan nasihat berkaitan dengan penyusuan susu ibu, di mana terdapatnya 1 bilik penyusuan yang digunakan untuk memberikan latihan dan nasihat berkenaan dengan penyusuan. Wad ini menerima kemasukan daripada Dewan Bersalin dan Jabatan Kecemasan dan Trauma.

Dr. Nor Azila Binti Mohd NafiahPakar Perubatan O&G (Ketua Jabatan)

Contact Information

1303/ 3203
Hakcipta Terpelihara @ 2020 - Hospital Lahad Datu
Paparan terbaik menggunakan pelayar Web Microsoft Edge, Mozilla Firefox & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366x768
Kemaskini : 6 Februari 2024

Please publish modules in offcanvas position.