Special Care Nursery (SCN)/Neonatal Intensive Care Unit (NICU) Unit ini terletak di Aras 1 bersebelahan dengan Dewan Bersalin. Ianya mempunyai 10 buah katil SCN dan 6 katil NICU serta 1o katil untuk ibu ‘rooming in’.
Wad Pediatrik (kanak-kanak) (6A) Unit ini terletak di aras 6 Hospital Lahad Datu dan bersebelahan dengan Wad kelas 1.
Klinik Pakar Pediatrik beroperasi setiap hari Isnin hingga Jumaat setiap 8:00 am - 1:00 pm.
VISI
Jabatan ini menyediakan perkhidmatan rawatan bayi dan kanak-kanak yang efektif melalui kerjaberpasukan, penyayang dan profesionalisme demi pembentukan generasi yang sihat.
MISI
Untuk merealisasikan visi jabatan melalui berusaha bersama sama memberikan perkhidmatan rawatan perubatan dan pemulihan yang berkualiti dengan penglibatan ibubapa/ keluarga agar menghargai kesihatan sebagai asset paling berharga.
OBJEKTIF
Menyediakan perkhidmatan pengesanan awal, rawatan perubatan dan pemulihan kepada bayi dan kanak-kanak.
Menyemai perasaan keluargaan dikalangan anggota yang bertugas di jabatan ini.
Mengalakan pembelajaran berterusan dikalangan anggota jabatan.
Memberi pendidikan kesihatan kepada ibubapa/keluarga agar mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan anak dan keluarga.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
Rawatan Incubator
Rawatan “Cot Nursing”
Rawatan Pengasingan
Rawatan Ventilasi
Rawatan ‘Phototherapy’
Rawatan Penukaran Darah ( Blood Exchange Transfusion )
Mengatur rawatan untuk CT Scan
Mengatur rujukan ke Unit lain / Hospital lain
Mengatur Rawatan Susulan
Mengajar dan membantu ibu-ibu dalam pemerahan dan pemberian susu ibu
Rawatan Susulan
Dr. Sia Yee PingPakar Perubatan Pediatrik (Ketua Jabatan)