A- A A+

 

 

 

Jabatan Pembedahan Am

 
PENGENALAN
Jabatan Pembedahan Am telah dibentuk sejak hospital mula beroperasi pada tahun 2002, Jabatan ini memberi perkhidmatan kepada pesakit dalam dan pesakit luar. Wad pesakit dalam terletak di aras 4 dimana pesakit lelaki ditempatkan di Wad 4A manakala pesakit perempuan ditempatkan di Wad 4B . Ia juga bertanggung jawab dalam merawat pesakit pembedahan kanak-kanak yang mana mereka juga ditempatkan di dalam Wad Perubatan kanak-kanak 6A. Jabatan Pembedahan Am ini ditakbir oleh Pakar Bedah yang dibantu oleh beberapa Pegawai Perubatan yang ditempatkan di dalam jabatan ini.
 
VISI
  • Memberi perkhidmatan pembedahan yang komprehensif melalui aspek- aspek penggalakkan, pencegahan dan pemulihan termasuk rawatan palliative.
  • • Memberi pendidikan kesihatan yang berterusan dalam meningkatkan tarafk esihatan individu, keluarga dan masyarakat.
  • • Memupuk sifat-sifat dan profesionalisme serta semangat kerja berpasukan dalam kalangan semua anggota.
 
MISI
Menjadi pusat rujukan pembedahan yang menyediakan perkhidmatan yang komrprehensif dan berkualiti serta beretika melalui anggota yang terlatih dan proaktif.
 
OBJEKTIF
Untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan yang memerlukan khidmat dan rawatan berkaitan pembedahan yang berkesan berteraskan nilai budaya korporat Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

Skop perkhidmatan terbahagi kepada:

  • Perkhidmatan Pesakit Luar
    Penjagaan perawatan bagi kes ulangan dan menerima rujukan dari Jabatan Pesakit Luar atau dari Pusat Kesihatan yang berdekatan.
  • Perkhidmatan Pesakit Dalam ( Wad )
    Memberi perkhidmatan dari segi penjagaan rawatan dan kejururawatan serta pemantauan yang berterusan ke atas pesakit.
Dr. Anith Nadzira Binti RiduanPakar Perubatan Bedah Umum (Ketua Jabatan)

Contact Information

3434
Hakcipta Terpelihara @ 2020 - Hospital Lahad Datu
Paparan terbaik menggunakan pelayar Web Microsoft Edge, Mozilla Firefox & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366x768

Offcanvas Menu