PENGENALAN
Unit Hal Ehwal Islam mula diperkenalkan pada tahun 2013 bagi melaksanakan Program Hospital Mesra Ibadah (HMI) di Hospital Lahad Datu . Program ini merupakan satu program penerapan dan penghayatan nilai-nilai islam yang dikhususkan kepada kakitangan hospital, keluarga kakitangan, pesakit dan waris yang beragama islam.
VISI
Menjadikan Hospital Lahad Datu sebagai hospital yang berteraskan konsep ‘Hospital Mesra Ibadah’ (HMI)
MISI
Memberi perkhidmatan berkaitan hal ehwal islam kepada kakitangan, pesakit dan waris dengan ikhlas dan berhemah.
OBJEKTIF
- Memastikan pesakit muslim dan waris menerima bimbingan yang betul untuk melakukan ibadah dan amalan keagamaan.
- Memastikan kakitangan hospital mendapat latihan dan pendedahan asas fiqh ibadah dalam menjalankan tugas.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
- Mengurus dan melaksana urusan-urusan/kes-kes berhubung dengan tuntutan agama seperti mengazankan bayi yang baru lahir tanpa kehadiran waris, resusitasi pesakit nazak, pengurusan jenazah dan sebagainya.
- Melaksanakan aktiviti ziarah dan bimbingan ibadah pesakit di wad
- Menyediakan perkhidmatan kaunseling syarie untuk pesakit, waris dan kakitangan kesihatan
- Sebagai rujukan fiqh perubatan kepada kakitangan kesihatan peringkat hospital.
- melaksana aktiviti kerohanian dan latihan berkonsepkan Hospital Mesra Ibadah kepada kakitangan jabatan.