PENGENALAN
Unit Kewangan dan Akaun merupakan sebuah unit yang bertanggungjawab di dalam Pengurusan Kewangan, Akaun dan Kutipan Hasil di Hospital Lahad Datu . Unit ini berfungsi di dalam menguruskan Belanjawan Hospital, Waran Peruntukan, Pesanan Kerajaan,Waran udara kakitangan dan pesakit , Pembayaran Bil, Elaun Lebih Masa , Tuntutan Perjalanan kakitangan (mesyuarat/kursus dan lain - lain), Pengurusan Gaji, Pungutan Hasil serta mengikut Arahan dan Pekeliling Perbendaharaan yang berkuatkuasa. Objektif unit adalah untuk melaksanakan satu Sistem Pengurusan Kewangan dan Akaun yang cekap, kemas, berkesan dan amanah bagi menyokong dan menyelaras usaha-usaha pelbagai program dan aktiviti Hospital.