A- A A+

 

 

 

Unit Khidmat Pelanggan

 
PENGENALAN
Unit Perkhidmatan Pelanggan merupakan salah satu unit di bawah seliaan Unit Pentadbiran Hospital Lahad Datu dan bertindak sebagai ‘ focal point’ jabatan dalam urusan penyampaian perkhidmatan dan perhubungan dengan pelanggan hospital. Unit ini juga mengendalikan semua panggilan telefon daripada luar dan dalam untuk disambungkan kepada jabatan ataupun pegawai yang diperlukan serta nombor telefon pesakit yang mendapatkan rawatan di Hospital Lahad Datu.

VISI

Sentiasa bersiap sedia memberikan perkhidmatan yang berkualiti, cekap dan tepat demi memenuhi kehendak-kehendak pemanggil yang berurusan demi meningkatkan imej hospital.

 

MISI

Unit ini akan terus berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan dengan lebih cekap dan efisien bagi memenuhi ekspektasi pelanggan dalaman dan luaran.

 
OBJEKTIF
Memberikan perkhidmatan yang cekap, mesra, khidmat berkualiti dan berkesan kepada pelanggan yang berurusan melalui telefon agar mereka sentiasa berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.
 
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
Unit Kidmat Pelanggan beroperasi 24 jam setiap hari. Menerima panggilan daripada luar melalui talian 089-895111 dan daripada dalam hospital melalui nombor sambungan 0 .
 
1.  PANGGILAN DARIPADA LUAR HOSPITAL
  • Menyambungkan talian daripada jabatan / agensi lain ke jabatan / pegawai yang diperlukan dalam hospital atas urusan rasmi.
  • Menyambungkan talian daripada pesakit ke klinik/wad atas urusan temujanji.
 
2.  PANGGILAN DARIPADA DALAM HOSPITAL
  • Menyambungkan talian daripada pegawai ke jabatan/agensi luar atas urusan rasmi.
  • Menyambungkan talian ke nombor telefon pesakit atas urusan temujanji / rasmi .
  • Menghubungi dan memaklumkan pegawai yang terlibat dengan kes-kes kecemasan seperti red alert/ disaster alert .
3.  MEMBUAT HEBAHAN MELALUI SISTEM PEMBESAR SUARA
  • Hebahan diterima daripada ketua unit untuk semua kakitangan / pegawai yang berkenaan sahaja .
  • Hebahan yang dibenarkan oleh unit perkhidmatan adalah seperti :
  • Pengumuman kecemasan (red alert/code pink/code blue/stroke alert/fire drill)
  • Panggilan mesyuarat
  • CME/CNE
  • Perhimpunan pagi
  • Iklan yang berkaitan program jabatan
  • Laungan azan

Contact Information

2107hasda@moh.gov.my
Hakcipta Terpelihara @ 2020 - Hospital Lahad Datu
Paparan terbaik menggunakan pelayar Web Microsoft Edge, Mozilla Firefox & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366x768
Kemaskini : 6 Februari 2024

Please publish modules in offcanvas position.