Unit Kejururawatan merupakan tulang belakang pengurusan perkhidmatan Hospital. Unit ini membantu Pengarah Hospital dan pihak pengurusan dalam aspek perawatan dan penjagaan pesakit. Diselia oleh Penyelia Jururawat U36 (yang menanggung) dibantu oleh Penyelia Jururawat klinikal U41 dan 5 orang Jururawat U36 bersama dengan 25 Ketua Jururawat. Perkhidmatan kejururawatan di kawal selia oleh Ketua Jururawat yang bertugas syif sepanjang 24 jam dan di pantau oleh Penyelia Jururawat atas panggilan. Menyediakan perkhidmatan 24 jam kecuali Klinik Pakar, Perkhidmatan Kawalan Jangkitan dan Unit kejururawatan.
Bahagian kejururawatan akan menumpukan peningkatan profesyen kejururawatan melalui pembelajaran yang berterusan dan penilaian kompetensi.Memastikan setiap jururawat menerima pengamalan perakuan. Imej Profesional seorang Jururawat mencerminkan kecekapan profesion penjagaan kesihatan.
Jururawat yang berperkerti mulia, berpandangan jauh, progresif & saintifik bersedia menjunjung aspirasi warisan kebudayaan Negara. Menjamin perkembangan Individu dan memelihara satu masyarakat yang bersatupadu, demokratik, progresif dan berdisiplin.
Mempertingkatkan dan memelihara kualiti perkhidmatan Kejururawatan ke tahap maksimum berpandukan kepada piawaian kejururawatan, audit kejururawatan dan penyelidikan kejururawatan serta menitik beratkan perkembangan individu jururawat sejajar dengan perkembangan teknologi perubatan melalui pendidikan berterusan serta pemupukan nilai-nilai murni kemanusiaan dan penerapan