Jabatan Patologi dan Unit Perubatan Transfusi Hospital Lahad Datu mula beroperasi pada 1 Oktober 2002 di mana jabatan ini merupakan satu unit sokongan kepada unit-unit yang lain seperti terutamanya unit-unit klinikal. Pada peringkat permulaan, makmal ini masih menggunakan sistem manual iaitu penggunaan borang sebagai satu unit perhubungan kepada unit-unit yang lain. Bermula pada bulan Jun 2004, Jabatan Patologi telah memulakan perkhidmatan secara talian dalaman (Internal On-Line) dengan pelaksanaan Laboratory Information System (LIS).
Perkhidmatan Patologi akan menjadi satu perkhidmatan yang cemerlang menggunakan teknologi yang sesuai, terkini dan dengan anggota yang berilmu, berjiwa murni, peka terhadap keperluan pelanggan, berteraskan budaya berkualiti dan kerja berpasukan serta profesionalisma demi kecemerlangan rawatan pesakit.
Menyediakan Perkhidmatan Patologi yang efektif, cepat, tepat dan cekap berlandaskan sistem pengurusan berkualiti dan memenuhi keperluan pelanggan.