Jabatan Radiologi merupakan satu jabatan sokongan klinikal yang menyediakan perkhidmatan pengimejan diagnostik termasuk prosedur-prosedur terapeutik invasif tertentu untuk pesakit dalam, pesakit luar, pesakit rawatan harian dan pesakit dari jabatan kecemasan hospital lahad datu. Perkhidmatan ini juga merangkumi pesakit-pesakit dari klinik dan hospital lain.
Jabatan radiologi akan menjadi pusat perkhidmatan perubatan yang cemerlang melalui tenaga kerja yang bertanggungjawab dan berkemahiran terkini.
Objektif utama Jabatan radiologi adalah menyediakan perkhidmatan diagnostik yang efektif, serta perkhidmatan kecemasan yang cepat dan bermutu tinggi.