Pada April 2002, Hospital Lahad Datu dibuka sekaligus Unit Sajian telah bertukar menjadi Jabatan Dietetik dan Sajian. Pegawai Dietetik yang pertama melapor diri bertugas di Jabatan Dietetik dan Sajian pada bulan Ogos 2002. Perkhidmatan Dietetik mula diberikan bagi memastikan pesakit diberi preskripsi diet dan pemahaman tentang diet sihat yang perlu diamalkan.
Menjadi peneraju kecemerlangan dalam perkhidmatan dietetik dan pengurusan perkhidmatan makanan yang bertaraf antarabangsa.
Misi Jabatan Dietetik dan Sajian adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama:
Perkhidmatan Dietetik:
Memberi perkhidmatan dietetik klinikal, dietetik komuniti dan kesihatan awam, penyelidikan dietetik dan katering dietetik kepada pelanggan dengan mengutamakan inovasi, teknologi dan amalan terkini ke arah peningkatan kualiti berterusan.