A- A A+

 

 

 

Perutusan Pengarah

Assalamualaikum w.b.t dan Salam sejahtera

Syukur di atas izin-Nya portal rasmi Hospital Lahad Datu telah berjaya diwujudkan. Sekalung penghargaan kepada Unit ICT dan warga hospital yang telah bertungkus-lumus untuk menghasilkan portal Web ini. Adalah menjadi aspirasi Hospital Lahad Datu untuk menghasilkan Laman web sendiri bagi memperkenalkan HLDU bukan sahaja kepada penduduk Malaysia bahkan penduduk luar negara.
 
Dengan terhasilnya Laman web ini maka segala saluran maklumat dapat dikongsikan bersama dengan semua pihak yang melayari Laman web ini.
 
Diatas rasa prihatin dan percaya bahawa setiap kebajikan masyarakat adalah tanggungjawab sosial yang perlu dipikul bersama, pelbagai informasi mengenai perkhidmatan kesihatan dan perubatan yang disediakan oleh HLDU telah dimuatkan ke dalam laman Web ini.
 
Adalah diharapkan agar Laman web ini dapat digunakan dengan sebaiknya serta dapat memberi manfaat kepada semua golongan. Bersama-samalah kita berkongsi maklumat ke arah negara yang sihat dan sejahtera.
 
Akhir kata, adalah menjadi komitmen kami untuk sentiasa memperbaiki mutu perkhidmatan demi kebaikkan semua klien kami. Dengan itu segala cadangan dan penambahbaikkan adalah dialu-alukan.
 
“KECEMERLANGAN ADALAH HASIL DARIPADA SIKAP YANG INGIN SENTIASA MELAKUKAN YANG TERBAIK “

Sekian, terima kasih.

Dr. Andi Md Shamsureezal Bin Dato' Mohd Sainal
Pengarah
Hospital Lahad Datu

Hakcipta Terpelihara @ 2020 - Hospital Lahad Datu
Paparan terbaik menggunakan pelayar Web Microsoft Edge, Mozilla Firefox & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366x768
Kemaskini : 20 September 2023

Please publish modules in offcanvas position.