A- A A+

 

 

 

Profil

SEJARAH HOSPITAL LAHAD DATU

Hospital Lahad Datu telah didirikan pada tahun 1962 dan dikenali dengan nama Hospital Anne. Ianya terletak di Jalan Silam lebih kurang 0.5 km dari bandar utama Lahad Datu. Arus pembangunan tidak ketinggalan untuk mengubah bentuk Hospital dari masa ke semasa sehinggalah pada tahun 2002 di mana Hospital ini telah berpindah ke bangunan baru yang di tempatkan di KM 10 Jalan Silam. Mula  dibina  oleh kontraktor Turnkey: UEM – Sedco Joint Venture pada 30 Mac 1999 dan siap pada 13 Januari 2002 dengan menelan perbelanjaan sebanyak RM 208 juta.  Keluasan tapak ialah 23.1 hektar yang terdiri dari 5 blok bangunan, 6 blok sokongan dan 13 blok kuarters kediaman. Jumlah katil pesakit yang sedia ada sebanyak 268 unit disediakan untuk pesakit-pesakit yang menjalani rawatan di hospital ini.

PENGIKTIRAFAN

Hospital Lahad Datu telah mendapat pengiktirafan-pengiktirafan seperti berikut :

  • Pensijilan Akreditasi
  • Pensijilan MS ISO 9001:2008
  • Pensijilan Amalan EKSA oleh MAMPU
  • Pensijilan Hospital Rakan Bayi (Pengiktirafan bermula pada 19 Ogos 1997)
  • Pensijilan HACCP ( Hazard Analysis Critical Control Point )
  • Pensijilan GMP ( Good Manufacturing Practices )
  • Pensijilan BeSS (Bersih, Selamat dan Sihat )

PERKHIDMATAN KEPAKARAN

Hospital Lahad Datu telah dikategorikan sebagai sebuah Hospital berpakar Minor. Berikut adalah perkhidmatan-perkhidmatan kepakaran yang disediakan :

  • Perkhidmatan Obstetrik & Ginekologi (Perbidanan & Sakit Puan)
  • Perkhidmatan Pediatrik ( Kanak-Kanak)
  • Perkhidmatan Perubatan Am
  • Perkhidmatan Psikiatri & Kesihatan Mental
  • Perkhidmatan Anestesiologi (Bius)
  • Perkhidmatan Ortopedik (Tulang)
  • Perkhidmatan Kecemasan & Trauma
  • Perkhidmatan Pembedahan Am
  • Perkhidmatan Otorinolaringologi (Telinga, Hidung & Tekak)
  • Perkhidmatan Oftalmologi (Mata)
  • Perkhidmatan Bedah Mulut & Maksilofasial

PERKHIDMATAN SOKONGAN KLINIKAL & PENGURUSAN KLINIKAL

  • Perkhidmatan Pengimejan & Diagnostik
  • Perkhidmatan Farmasi & Bekalan
  • Perkhidmatan Patologi & Makmal
  • Perkhidmatan Rehabilitasi
  • Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan
  • Perkhidmatan Pendidikan Kesihatan
  • Perkhidmatan Kawalan Jangkitan
  • Perkhidmatan Transfusi Darah
  • Perkhidmatan Hemodialisis
  • Perkhidmatan Jagaan Harian
  • Perkhidmatan Rekod Perubatan
  • Perkhidmatan Psikologi & Kaunseling
  • Perkhidmatan Sajian & Dietetik
  • Perkhidmatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
  • Perkhidmatan Forensik
  • Perkhidmatan Bekalan Bahan Steril
  • Perkhidmatan Pengurusan Kualiti

PERKHIDMATAN BAHAGIAN PENGURUSAN

  • Perkhidmatan Teknologi Maklumat
  • Perkhidmatan Kejuruteraan & Fasiliti
  • Perkhidmatan Pentadbiran & Sumber Manusia
  • Perkhidmatan Pembangunan & Perolehan
  • Perkhidmatan Kewangan & Perakaunan
  • Perkhidmatan Hal Ehwal Islam & Latihan
  • Perkhidmatan Sokongan Hospital
Hakcipta Terpelihara @ 2020 - Hospital Lahad Datu
Paparan terbaik menggunakan pelayar Web Microsoft Edge, Mozilla Firefox & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366x768

Offcanvas Menu