UNIT HEMODIALISIS
PENGENALAN
Unit Hemodialisis Hospital Lahad Datu yang terletak di aras dua telah mula beroperasi pada 20 / 8 / 2002 dengan dikendalikan oleh 3 orang kakitangan iaitu 2 orang Pembantu Perubatan dan Seorang Jururawat Terlatih yang telah menjalani latihan Asas Perawatan Renal di Hospital Kuala Lumpur. Pada masa pembukaan unit ini telah memberi khidmat kepada 12 orang pesakit ESRD, 11 orang daripadanya pesakit yang dipindahkan daripada HDU Hospital Tawau dan seorang lagi merupakan pesakit yang menjalani “Home Dialysis” dimasukkan ke unit ini. Terdapat 8 buah mesin Hemodialisis, 7 buah mesin ditempatkan di dalam unit, manakala sebuah mesin lagi ditempatkan di Unit Rawatan Rapi yang terletak di aras tiga bangunan hospital ini.
VISI
Unit ini akan menjadi pusat rawatan haemodialysis yang utama di daerah Lahad Datu melalui sistem yang adil, komited, berkualiti, dengan layanan mesra, ikhlas serta bersedia membantu sepanjang masa
MISI
Unit haemodialysis Hospital Lahad Datu adalah komited untuk memberikan perkhidmatan yang cermerlang dengan kemudahan serta kepakaran yang ada kepada semua pelanggan tanpa memilih status, warna kulit, agama dan keturunan berkonsepkan ’first come, first serve’ sentiasa meningkatkan kemahiran dan Kualiti perkhidmatan secara berterusan supaya dapat memberi kepuasankepada semua pelagggan.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN