A- A A+

 

 

 

AKSSI

Ahli Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu

akssi-ld.jpg
Siapakah ahli Kumpulan ini?
Ahli Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu adalah mereka yang sentiasa bersedia untuk membantu ibu-ibu dan pasangan untuk mengatasi masalah-masalah yang dialami di sepanjang fasa menyusui bayi iaitu secara eksklusif selama enam bulan dan diteruskan sehingga umurnya dua tahun.
Ahli Kumpulan Sokongan PSI Hospital Lahad Datu terdiri daripada:
  • Konsultan Penyusuan (laktasi)
  • Pakar Kanak-Kanak dan Neonatologi
  • Pegawai-pegawai Pemakanan
  • Kaunselor-kaunselor penyusuan
  • Ketua Jururawat & Jururawat Laktasi
  • Ibu-ibu yang berjaya di dalam penyusuan secara eksklusif sama ada kembar 1 atau 2 atau kembar 3
 
Sekiranya anda mengalami masalah penyusuan, apa yang perlu dilakukan?
Masalah boleh datang dalam pelbagai bentuk. Anda mungkin tidak yakin untuk menyusui bayi kerana gagal menyusui anak yang terdahulu. Ini mungkin juga merupakan kelahiran bayi pertama anda dan anda berasa tidak yakin dengan keupayaan diri. Masalah biasa seperti kurang air susu, bengkak payudara, puting susu yang tenggelam serta pelbagai lagi masalah boleh menganggu proses menyusu daripada berlaku secara semulajadi. Jangan bimbang, anda hanya perlukan bantuan dan sokongan.
Dapatkan bantuan sama ada daripada:
  1. Suami, ahli keluarga yang terdekat
  2. Ahli Kumpulan Sokongan PSI melalui kaunseling dalam telefon atau membuat temujanji untuk berjumpa dengan mereka
  3. Jururawat yang melakukan lawatan ke rumah ibu selepas bersalin.
Menyusui bayi mungkin ada cabaran yang perlu dilalui oleh segelintir ibu, namun berkat kesabaran, anak-anak akan membesar dengan sihat dan sempurna.
Jom Menyusu dengan Susu Ibu!
Hakcipta Terpelihara @ 2020 - Hospital Lahad Datu
Paparan terbaik menggunakan pelayar Web Microsoft Edge, Mozilla Firefox & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366x768

Offcanvas Menu