A- A A+

 

 

 

 

BUDAYA KORPORAT HOSPITAL LAHAD DATU

Bersama kita mempertingkatkan mutu perkhidmatan
Hospital Lahad Datu bertekad untuk meningkatkan mutu perkhidmatan bagi menjamin kepuasan pelanggan.


Bersama kita memberi perkhidmatan yang terbaik dan mesra pelanggan
Kami akan memastikan perkhidmatan yang disediakan adalah yang terbaik dan mesra pelanggan. Program Penerapan Budaya Korporat ini adalah selaras dengan hasrat Ybhg. Dr. Andi Md Shamsureezal, Pengarah Hos-pital Lahad Datu untuk memantapkan lagi system penyam-paian perkhidmatan kesihatan.

 

LOGO

logo kkm

 

Latar belakang Putih Bersih 

Melambangkan kepentingan kebersihan, keikhlasan dan kesungguhan anggota Kementerian Kesihatan Malaysia menjalankan tugas

Hati Berwarna Merah

Melambangkan semangat dan komitmen anggota Kementerian Kesihatan Malaysia untuk meningkatkan mutu perkhidmatan

Sentuhan Di Tangan

Melambangkan kelembutan, kemesraan dan keprihatinan semasa menjalankan tugas.

Tangan

Melambangkan keikhlasan dan kesediaan untuk membantu.

 

MOTO

Kami Sedia Membantu
KAMI
Semua warga Kementerian Kesihatan bekerja sebagai satu pasukan
untuk mencapai matlamat yang sama.
SEDIA
Sentiasa bersiap sedia untuk memberi perkhidmatan secara profesional.
MEMBANTU
Ikhlas semasa memberi bantuan dan menjalankan tugas.

Bahawasanya kami, WARGA KERJA KKM, berikrar:

  • Memberi Perkhidmatan yang terbaik, mesra dan profeional.
  • Memberi layan secara saksama tanpa mengira pangkat, bangsa, dan agama.
  • Bekerja sebagai satu pasukan yang efisien,efektif dan produktif.
  • Sedia membantu dengan ikhlas dan bertanggungjawab.
  • Komited untuk mencapai matlamat Kementerian.

KAMI SEDIA MEMBANTU


BANGSA YANG SIHAT ASET NEGARA
KUALITI HIDUP DIPELIHARA
BERPASUKAN BERGANDING TANGAN
PERTINGKATKAN TARAF KESIHATAN
SECARA PROFESIONAL, KHIDMAT DIBERI
KECERMELANGAN, MATLAMAT KAMI
DI MANA PUN JUA, DIS ETIAP WAKTU
KAMI SEDIA MEMBANTU
KAMI PENYANYANG PADA SEMUA
BAGI KAMI TIADA BEZA
BERTANGGUNGJAWAB AMALAN KITA
KESIHATAN DAN MARUAH DIJAGA


Lagu: Fauzi Marzuki
Lirik: Habsah Hassan

Hakcipta Terpelihara @ 2020 - Hospital Lahad Datu
Paparan terbaik menggunakan pelayar Web Microsoft Edge, Mozilla Firefox & Google Chrome versi terkini dengan resolusi minima 1366x768

Offcanvas Menu