PENGENALAN
Unit Rawatan Harian & Unit Endoskopi akan menjadi pusat yang cemerlang dalam meyediakan perkhidmatan berkualiti bagi semua pesakit Gastroenterologi,Hepatologi dan memberi rawatan jagaan harian bagi pesakit Thalassaemia dan Pembedahan Am khususnya .
OBJEKTIF
- Memberikan perkhidmatan Diagnostik & Terapeutik Endoscopi yang berkesan dan tepat dalam perkhidmatan pesakit dalam dan luar.
- Memberi perkhidmatan Transfusi darah kepada semua pesakit Thalassaemia dengan tiada komplikasi,lebih berkesan,cepat dan selamat serta memberi keselesaan kepada pelanggan.
- Menggalakkan urustadbir klinikal yang lebih efisyen dan lebih kos efektif serta meningkatkan Kepuasaan Pelanggan semasa mendapatkan perkhidmatan di Unit Rawatan Harian.
- Memberi rawatan pemulihan yang optima kepada pesakit disamping sesi kaunseling sekiranya perlu.
- Mencapai dan mengekalkan status kesihatan pesakit mengikut kemampuan mereka untuk menikmati kehidupan yang berkualiti tanpa mengira bangsa,agama dan status.
SKOP PERKHIDMATAN
-
Memberikan perkhidmatan Diagnostik dan Terapeutik Endoskopi kepada pesakit luar dan dalam dari jabatan,Unit,Klinik dan Wad khususnya untuk Hospital Lahad Datu serta Hospital berhampiran dan klinik Kesihatan seluruh daerah Lahad Datu.
- Menerima pesakit talasemia untuk tranfusi darah.
- Melaksanakan penjagaan kejururawatan pesakit semasa tranfusi darah,penjagaan Day Surgery dan prosedur Endoskopi.
- Membuat temujanji dan menjalankan penyiasatan darah terhadap pesakit.
- Memberi tarikh temujanji, mengikut keputusan ‘Post FBC’
- Pakar pediatrik / Pegawai perubatan pediatric akan membuat pemeriksaan keatas semua pesakit yang di beri temujanjipada hari klinik Talasemia.
- Memberi pendidikan kesihatan berterusan dan kesedaran tentang masalah yang dihadapi pesakit dan ibubapa pesakit.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
Unit Endoskopi mengendalikan perkhidmatan diagnostik dan terapeutik endoskopi sepenuhnya. Unit ini memberikan perkhidmatan:
- OGDS(Oesophagoduodensocopy)
- PEG(Percutaneous Endoscopic Gastrostomy)
- Colonoscopy
- Bronchoscopy
- BANDING
- Pleuroscopy
Temujanji pesakit dikendalikan dengan menghubungi Pakar Pembedahan dan Unit Endoskopi. Kes-kes Upper and Lower Gastrointestinal bleeding diberi keutamaan dalam perkhidmatan ini.