Pengenalan
Unit Kualiti Hospital Lahad Datu mula diwujudkan dan beroperasi secara rasminya pada tahun 2005. Ini adalah berikutan dengan saranan Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan yang menyatakan setiap hospital utama dikehendaki menubuhkan Unit Sokongan Sekretariat Kualiti.
Dengan adanya unit ini, ia mempertingkatkan lagi kesemua aktiviti kualiti yang dilaksanakan di peringkat Hospital, Jabatan dan seterusnya pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Unit ini berfungsi sebagai pusat aktiviti kualiti yang dijalankan oleh hospital dan merancangkan semua perjalanan aktiviti kualiti.
Visi
Unit Kualiti Hospital Lahad Datu menjadi sebuah pusat kawalan kualiti yang efisien dan memenuhi kehendak – kehendak yang telah ditetapkan oleh Piagam Pelanggan Hospital Lahad Datu.
Misi
Memastikan semua program kualiti yang dirancang dapat dilaksanakan di Hospital Lahad Datu selaras dengan standard Kementerian Kesihatan Malaysia.
Objektif
Menyelaraskan semua aktiviti – aktiviti Hospital supaya perkhidmatan ataupun produk yang dihasilkan berkualiti serta mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh Hospital, Jabatan dan Kementerian.