PROFAIL HOSPITAL
Home > Profail Hospital > Pengenalan & Sejarah
PENGENALAN & SEJARAH
VISI, MISI & OBJEKTIF
PERUTUSAN KETUA JABATAN
MOTO & SLOGAN
PIAGAM PELANGGAN
LOGO JABATAN
SENARAI PERKHIDMATAN
CARTA ORGANISASI
SOALAN LAZIM
Pengenalan & Sejarah
Pembinaan Hospital Mesra Bukit Padang telah dirancang pada tahun 60-an dan lengkap dibina pada Mei 1971. Pesakit pertama yang dipindahkan ke hospital ini adalah pesakit psikiatri dari wad pemerhatian di Hospital Queen Elazabeth, Kota Kinabalu. Manakala pesakit psikiatri dari Hospital Buli Sim Sim, Sandakan (Hospital Psikiatri yang terulung) dipindahkan ke hospital ini mulai 06 Jun, 1981.
Hospital Mesra Bukit Padang satu-satunya hospital sakit jiwa di Sabah dan dikategorikan sebagai hospital pakar yang khusus menjalanakan perawatan psikiatri dengan jumlah katil sebanyak 302 buah. Disamping ini juga diwartakan sebagai Pusat Detoksifikasi Penagih Dadah pada 16 Jun, 1983. Selain itu, di hosptial ini juga menempatkan pesakit dari Hospital Queen Elizabeth di "Medical Extension".
HMBP telah melalui banyak proses kemajuan dari segi infrastruktur , dasar dan halatuju perawatan psikiatri mengikut perkembangan semasa di bawah 8 orang pengarahnya.
Kini, dengan slogan “Perawatan Psikiatri ke arah Pendekatan Holistik” , HMBP telah berjaya mencipta nama sebagai institusi psikiatri yang pertama di Malaysia dianugerahkan dengan kedua-dua sijil MS ISO 9001:2000 dan Akreditasi. Pada 29 November 2005 pula, warga HMBP merasa bangga apabila HMBP dianugerahkan dengan “Anugerah Kualiti Ketua Menteri” sempena sambutan Hari Kualiti Peringkat Negeri Sabah. Kini hospital ini merupakan hospital rujukan bagi semua kes-kes psikiatri seluruh sabah bagi 19 buah hospital dan semua Klinik Kesihatan.
Hospital Mesra Bukit Padang terletak 6 kilometer dari pusat Bandaraya Kota Kinabalu. Ia meliputi kawasan seluas 114.65 ekar dan kawasan yang telah dibangunkan adalah seluas 40 ekar
Pautan Agensi-Agensi dan Perkhidmatan Online Kerajaan Malaysia
Kerajaan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Hospital Mesra Bukit Padang adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh Hospital Mesra Bukit Padang.
Hakcipta Terpelihara © 2019 Hospital Mesra Bukit Padang