Ketahui Apa itu GERD Dan Kanser Esofagus Serta Risiko, Gejala Dan Rawatannya
Penyakit gastroesophageal reflux disease ini disebabkan oleh otot yang memisahkan esofagus dan perut menjadi lemah. Keadaan ini membenarkan kandungan makanan beserta asid mengalir kembali (refluks) ke organ esofagus dan menyebabkan iritasi. Jika hal ini berterusan, sel di permukaan esofagus akan mengalami perubahan untuk beradaptasi kepada iritasi tersebut. Perubahan ini dikenali sebagai esofagus barret dan merupakan risiko kepada kanser esofagus. Oleh kerana hal ini boleh membawa kepada masalah yang lebih serius. Anda perlulah berjumpa pakar untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya.
Bagaimanakan Cara Untuk Merawat GERD?
Berikut merupakan rawatan kepada masalah GERD:
-
Perubahan cara hidup
-
berhenti merokok
-
mengekalkan berat badan ideal
-
mengelakkan makanan yang boleh menyebabkan refluks
-
jangan baring sejurus selepas makan
-
meninggikan bantal di kepala ketika berbaring
-
-
Ubat-ubatan
-
Antasids untuk meneutralkan asid perut
-
H-2-receptor blockers untuk mengurangkan pembuatan asid
-
Perencat pam proton (proton pump inhibitors)- ubat ini lebih berkesan untuk mengurangkan pembuatan asid bagi memberi masa untuk tisu esofagus sembuh
-
Ubat untuk menguatkan otot yang memisahkan esofagus dan perut seperti baclofen
-
-
Pembedahan dan prosedur lain
Sekiranya ubat-ubatan tidak dapat mengawal simptom GERD, rawatan lain mungkin ditawarkan. Seperti:
-
Pembedahan untuk memperbaiki otot yang memisahkan esofagus dan perut
-
Prosedur untuk memasukkan alat kecil di dalam esofagus yang membantu mencegah refluks
Rundingan dengan doktor atau pakar kesihatan adalah penting untuk memahami opsyen rawatan yang terbaik bagi kes anda.
Apa Yang Perlu Anda Lakukan Sekarang?
Sekiranya anda mengalami sebarang gejala yang mengkhawatirkan yang menunjukkan GERD atau masalah gastrousus, adalah penting untuk mendapatkan nasihat dan rawatan pakar. Jangan biarkan masalah ini tidak dirawat kerana ia boleh membawa kepada komplikasi yang lebih serius seperti kanser esofagus.
Rujukan:





