Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara profesional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti.
1. Memberikan perkhidmatan yang adil tanpa mengira umur, bangsa, agama, keturunan dan taraf sosioekonomi.
2. Keutamaan akan kami berikan kepada kes kritikal dan separa kritikal di Jabatan Kecemasan Dan Trauma dengan masa menunggu seperti berikut:
- Semua kes kritikal (zon merah) dirawat dengan serta merta
- Semua kes separa kritikal (zon kuning) dirawat dalam masa 15 minit.
- Lain - lain kes (zon hijau) akan dilihat mengikut keutamaan pesakit.
3. ≥90% laporan perubatan disediakan dalam tempoh ≤ 4 minggu masa bekerja.
4. Perkhidmatan Klinik Pesakit Luar dan Klinik Pakar akan diberikan mengikut giliran dan/atau keadaan pesakit. Keutamaan akan diberikan warga emas (60 tahun dan ke atas), ibu mengandung dan orang kelainan upaya.
5. Maklumat akan diberikan kepada pelanggan berkenaan penyakit dan perawatan.
6. Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dijamin.
7. Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan.
KEWAJIPAN PELANGGAN
Untuk membolehkan Kementerian Kesihatan/Hospital Queen Elizabeth melaksanakan Piagam Pelanggan ini dengan berkesan, pelanggan adalah berkewajipan untuk:
1. Mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan.
2. Bekerjasama kepada warga hospital untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada anda.
3. Bersedia memberi maklumbalas tentang perkhidmatan yang disediakan.
4. Mematuhi pelan rawatan yang diberi.
5. Menggunakan kemudahan - kemudahan yang disediakan secara bertanggungjawab.