Accessibility Tools

VISI, MISI DAN OBJEKTIF HOSPITAL

 

VISI

Hospital Queen Elizabeth menjadi pusat perubatan yang terunggul di Sabah.

 

MISI

1. Menyediakan perkhidmatan perubatan yang berkualiti tinggi, selamat, efisyen, dan efektif.

2. Komited untuk membangunkan modal insan yang kompeten, beretika, cekap dan berdisiplin.

3. Menggalakkan penyelidikan dan perkembangan perubatan secara berterusan.

 

OBJEKTIF

1. Bertindak sebagai pusat kecemerlangan bagi rujukan perawatan lanjut di seluruh Sabah, Hospital Wilayah Persekutuan Labuan dan daerah-daerah di persempadanan.

2. Memberi perkhidmatan kepakaran dan sub-kepakaran klinikal serta sokongan klinikal meliputi pencegahan, penyembuhan, pemulihan dan penjagaan paliatif menerusi perawatan kecemasan, pesakit dalam dan luar serta perawatan ambulatori seiring dengan perkembangan teknologi semasa.

3. Menjadi pusat latihan perubatan dengan menitikberatkan kemajuan modal insan, membudayakan aktiviti penyelidikan dan inovasi yang berterusan.