Accessibility Tools

Image

SEKSYEN KEWANGAN


PENGENALAN

Objektif Seksyen Kewangan adalah untuk memberikan perkhidmatan pengurusan kewangan yang cemerlang terutamanya dalam pungutan hasil, bayaran, akaun amanah, perolehan dan aset. Selaras dengan peraturan, undang - undang Kerajaan, arahan dan pekeliling yang berkuatkuasa.

VISI

Menjadi sebuah seksyen yang cemerlang dalam menyediakan perkhidmatan kewangan yang berkualiti kepada pelanggannya.

MISI

Seksyen Kewangan berhasrat untuk menjadi sebuah seksyen yang cemerlang dalam menyediakan perkhidmatan kewangan melalui: -

  • Unit Hasil - Memungut hasil Kerajaan secara berkesan dengan layanan mesra pelanggan dan mengurangkan tunggakan hasil.
  • Unit Perolehan - Memenuhi keperluan HQE dalam pengurusan perolehan yang berkesan dan mematuhi tatacara perolehan yang berkuatkuasa.
  • Unit Akaun - Memproses semua pembayaran dan mengurus perakaunan semua aktiviti hospital dengan cekap.
FUNGSI UNIT AKAUN

  • Mengurus, menyelaras dan mengawal belanjawan hospitaL
  • Mengurus dan memastikan semua bayaran emolumen, tuntutan elaun, pesanan kerajaan dan tuntutan panjar wang runcit dibuat mengikut peraturan.
  • Memastikan Buku Vot Amanah dan Deposit, Daftar Bil, pendahuluan diri dan pinjaman kerajaan disenggara dengan betul dan laporan berkenaan disediakan.
  • Menyediakan Laporan Perbelanjaan Bulanan, Tahunan dan Penyata Penyesuaian Vot Perbelanjaan
  • Menguruskan pembayaran Pukal MAS, Telefon & Elektrik

FUNGSI UNIT PEROLEHAN

Perolehan Jabatan dengan telus, cekap dan mematuhi peraturan-peraturan yang berkuatkuasa.
Menguruskan aktiviti berkaitan:

  • Perolehan Kerajaan ( Bekalan / Perkhidmatan dan Kerja ) melalui kaedah Sebut Harga secara manual
  • Jualan Aset Alih Kerajaan yang telah dilupuskan
  • Perolehan Kerajaan ( Bekalan / Perkhidmatan dan Kerja ) melalui kaedah Pembelian Terus.
  • Penyediaan Pesanan Kerajaan ( LPO) melalui sistem e- Perolehan.
  • Pemantauan pengeluaran Pesanan Kerajaan ( LPO )
  • Penyelenggaraan Dokumen ( Pekeliling -Pekeliling / Panduan / Profil Syarikat )berhubung Perolehan Kerajaan
FUNGSI UNIT HASIL

Memungut kutipan hasil kerajaan melalui caj-caj rawatan perubatan.

Aktiviti:

  • Kawalan terimaan.
  • Kawalan Borang Hasil
  • Penerimaan Hasil (Bayaran caj rawatan)
  • Keselamatan Wang Tunai
  • Kawalan Perakaunan Terimaan Hasil
  • Membuat Laporan Penyesuaian Akaun Amanah 76302 dan 76303.
  • Membuat Laporan Penyesuaian Akaun Hasil
  • Membuat laporan Bulanan Hasil
  • Kutipan Hasil Menggunakan kad kredit
  • Menyediakan Penyata Pemungut
  • Memberi Pengecualian Sebahagian/Keseluruhan Bil Hospital.
  • Membuat Laporan Akaun Belum Terima.
  • Menyenggara Panjar Khas Deposit Hospital.
  • Penyediaan Hapuskira Tunggakan Hasil.
  • Pendaftaran masuk pesakit ke dalam wad.
  • Membuat rondaan wad untuk mengutip deposit tambahan

UNIT PENTADBIRAN


OBJEKTIF

  • Memastikan pengurusan surat menyurat dikendalikan dengan licin dan teratur.
  • Memastikan sistem fail teratur dan sistematik.
  • Memastikan perolehan penyimpanan dan sistem rekod teratur, mematuhi peraturan dan kemaskini.
  • Kawalan dokumen.
  • Memastikan layanan terhadap pelanggan sentiasa mesra.
SKOP PERKHIDMATAN

Menggendalikan semua urusan pentadbiran jabatan merangkumi perancangan organisasi, urusan penyewaan ruang, pengurusan parkir kakitangan, kelengkapan pejabat, pengurusan kemasukan rumah kerajaan ( kuarters ), pengurusan sistem kehadiran kakitangan melalui perakam waktu / pengimbas jari ( Fingertech ), urusan pengendalian penilaian Laporan Nilaian Prestasi Tahunan, urusan pengendalian majlis / program Bahagian Pengurusan / Hospital, urusan pembekalan alat tulis, sistem fail, surat menyurat, papan notis, aset dan inventori bahagian pengurusan.


TUGAS-TUGAS

a) Semua urusan rasmi surat-menyurat keluar dan masuk akan disalurkan melalui Unit Pentadbiran menurut Arahan Perkhidmatan Bab 3 carta aliran kerja urusan ini termasuk membuka mel, mengasingkan surat-surat yang diterima keluar masuk hendaklah diagihkan mengikut penerimanya. Unit Pentadbiran juga adalah menjadi tulang belakang utama kepada semua unit yang terdapat di Hospital Queen Elizabeth yang meliputi kawasan Pentadbiran, Perkhidmatan, Tatatertib, Kewangan, Pembangunan, Hasil, Perolehan, Perpustakaan dan juga Klinikal.

b) Unit Pentadbiran juga adalah berfungsi bagi memastikan mesin perakam waktu / pengimbas jari ( Fingertech ) dikendalikan dengan baik dan sempurna di mana semua anggota dikehendaki mengetik / mengimbas jari bagi tujuan merakam waktu masuk dan keluar pada setiap hari waktu bertugas dan akan diselia oleh seorang pegawai yang bertugas.

c) Pengurusan inventori akan dikendalikan oleh seorang kakitangan yang kanan supaya urusan mengemaskinikan peralatan inventori, aset dan alat tulis dilakukan dengan sempurna serta dalam keadaan baik dan teratur.

d) Sistem Fail Semua surat menyurat dan pusat kawalan dan pendaftaran fail akan dilakukan berdasarkan Arahan Perkhidmatan dan Arahan Keselamatan. Fail-fail yang diambil mestilah direkodkan melalui pembantu tadbir fail agar hala tuju fail-fail yang telah diambil tindakan dapat dikesan dengan segera.

e) Mesin Fotokopi Mesin fotokopi, komputer, dan penggunaan alat ini mestilah dipusatkan dibahagian pentadbiran berdasarkan Arahan Perkhidmatan Bab 7 dan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 10 tahun 1993.

f) Mesin Perakam Waktu / Pengimbas Jari ( Fingertech ) Adalah menjadi tanggungjawab Unit Pentadbiran memastikan bahawa tiada pelanggaran Peraturan-peraturan pegawai awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993 oleh anggota. Penggunaan mesin perakam waktu sentiasa diamalkan oleh semua anggota berdasarkan surat pekeliling Bil. 11 tahun 1981.

g) Inventori / Alat Tulis Unit Pentadbiran adalah bertanggungjawab sebagai pusat penyelenggaraan dan pendaftaran inventori dan aset ini berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan Bil2/92 dan Arahan Perkhidmatan Bab 7 dan lain-lain pekeliling yang berkaitan.

h) Menyelenggara Peralatan Pejabat Alat-alat perlu diselenggara selalu agar berada dalam keadaan baik berdasarkan Arahan Perbendaharaan (289 & 290) serta Arahan Perkhidmatan Bab.7.

i) Menyelenggara Surat-surat Pekeliling, Peraturan, Arahan Dan Akta Semua Surat-surat Pekeliling dan Akta hendaklah difailkan dengan kemas agar mudah dirujuk apabila diperlukan. Pekeliling-pekeliling tersebut adalah seperti berikut: Akta Pencen 1980,Peraturan-peraturan Pencen 2003,Akta KWSP 1991,Perintah-perintah Am,Arahan Perkhidmatan,Arahan Perbendaharaan,Akta Acara Kewangan,Tatacara pengurusan Stor,Akta Fee,Pekeliling-pekeliling Perkhidmatan,Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Am,Surat-surat pekeliling dari Kementerian Perbendaharaan dan Ibu Pejabat Kesihatan Negeri

Seksyen Pengurusan Teknologi Maklumat



PENGENALAN

 

Seksyen Pengurusan Teknologi Maklumat (ICT) merupakan seksyen di bawah Bahagian Pengurusan, Hospital Queen Elizabeth (HQE). Seksyen ini bertanggungjawab untuk merancang, mengurus, menyelia dan melaksana aktiviti berkaitan ICT di HQE. Pengkhususan program yang dijalankan melibatkan tadbir urus ICT, pelaksanaan program pendigitalan ICT, perkembangan perluasan sistem dan aplikasi, peningkatan dan pemantauan keselamatan ICT, pembudayaan kerja melalui ICT, penyediaan infrastruktur rangkaian ICT, pembangunan dan pelaksanaan aplikasi, sokongan teknikal, serta penyelenggaraan peralatan, perisian dan perkakasan ICT.

UNIT PERKHIDMATAN SOKONGAN


PENGENALAN

Unit Perkhidmatan merupakan salah satu Unit di bawah Seksyen Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Pengurusan, Hospital Queen Elizabeth. Unit Perkhidmatan bertanggungjawab untuk mengendalikan semua urusan perkhidmatan pegawai di Hospital ini yang merangkumi semua aspek-aspek seperti pengesahan lantikan, pengesahan perkhidmatan, pemberian taraf berpencen, kenaikkan pangkat, pelanjutan kontrak perkhidmatan (warganegara/ bukan warganegara), pergerakan/ pelarasan gaji, pembayaran elaun dan bayaran insentif, pengurusan cuti, urusan persaraan, perletakan jawatan, pengurusan perjawatan Hospital, pengurusan Pekerja Sambilan Harian dan lain-lain urusan perkhidmatan bagi semua kumpulan perkhidmatan (Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Sokongan I dan II).

PIAGAM PELANGGAN

  • Memproses urusan pengesahan pelantikan dalam tempoh satu (1) minggu dari tarikh lapor diri tertakluk kepada pendokumentasian lengkap;
  • Memastikan urusan pengesahan dalam perkhidmatan dibuat dalam tempoh satu (1) hingga tiga (3) tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan;
  • Memastikan pendokumentasian ke atas urusan persaraan wajib dimulakan 3 tahun sebelum tarikh bersara wajib;
  • Memastikan urusan pelanjutan perkhidmatan pegawai kontrak dilakukan 9 bulan lebih awal sebelum tarikh tamat kontrak;
  • Memproses permohonan tanggung kerja yang diterima 30 hari dari tarikh kuatkuasa arahan dalam tempoh 3 hari dari tarikh permohonan lengkap diterima;
  • Memastikan pendokumentasian ke atas perakuan taraf berpencen dimulakan tiga (3) bulan sebelum genap tiga (3) tahun perkhidmatan;
  • Memastikan urusan tanggung kerja yang lengkap diproses dan dikemukakan ke JKNS dalam masa 5 hari dari tarikh permohonan diterima;
  • Memastikan semua permohonan cuti (selain cuti rehat) yang diterima 30 hari sebelum tarikh cuti dipohon dalam tempoh 3 hari dari tarikh permohonan diterima;
  • Memastikan permohonan tambang mengunjungi wilayah asal / tambang percuma yang lengkap diproses dalam masa 2 hari dari tarikh permohonan diterima;
  • Memastikan permohonan lawatan ke luar negara diterima enam puluh hari (60) hari sebelum tarikh perjalanan dalam tempoh 2 hari dari tarikh permohonan lengkap diterima;
  • Memastikan buku rekod perkhidmatan bagi pegawai / kakitangan yang bertukar keluar dihantar ke PTJ baru selewat-lewatnya 1 bulan dari tarikh kuatkuasa pertukaran;
  • Memastikan buku perkhidmatan setiap anggota dikemaskini setiap bulan dan ditandatangani oleh pegawai; dan
  • Memberi perkhidmatan yang cepat, cekap dan mesra pelanggan dan sentiasa sedia membantu.
LOKASI

Pejabat Unit Perkhidmatan terletak di alamat berikut:

Aras 4, Bangunan Klinik Pakar,
Bahagian Pengurusan,
Hospital Queen Elizabeth,
Kota Kinabalu, Sabah

OBJEKTIF

  • Memastikan operasi harian Unit Perkhidmatan dilaksanakan berteraskan tatacara dan peraturan yang berkuatkuasa dan berpandukan kepada piagam pelanggan Unit Perkhidmatan; dan
  • Memastikan dasar-dasar Kerajaan mengenai hal-ehwal perkhidmatan disampaikan kepada semua warga Hospital Queen Elizabeth.
STRUKTUR ORGANISASI

Unit Perkhidmatan diterajui oleh seorang Ketua Penolong Pengarah M48 yang merupakan pemantau utama Seksyen Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia di Hospital Queen Elizabeth secara menyeluruh. Di bawah Ketua Penolong Pengarah M48, terdapat dua Penolong Pengarah M41/44 yang dipertanggungjawabkan secara spesifik terhadap kerja-kerja penyeliaan dan pemantauan terhadap perkembangan dan operasi di Unit Perkhidmatan yang mempunyai skop tugas tersendiri. Kedua-dua Penolong Pengarah ini akan dibantu oleh dua Pembantu Tadbir Kanan N26 serta seorang Ketua Pembantu Tadbir N22. Selain membantu pegawai atasan, kedua-dua Pegawai ini juga dipertanggungjawabkan untuk menyelia seramai 22 orang Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) di Unit Perkhidmatan.

UNIT TATATERTIB

VISI

HQE mempunyai warga kerja yang cemerlang dan profesional berteraskan etika dan nilai-nilai murni.

MISI

Memperkukuhkan integriti warga HQE melalui pematuhan peraturan tatakelakuan dan prosedur kerja.

OBJEKTIF

  • Meningkatkan kecemerlangan dan profesionalisme warga HQE melalui penguatkuasaan undang-undang dan peraturan.

PIAGAM PELANGGAN

  1. Memastikan tempoh penyiapan setiap kertas bagi kes-kes tatatertib biasa tidak melebihi empat (4) bulan setelah menerima laporan lengkap.
  2. Memulakan tindakan tatatertib dalam tempoh 14 hari bekerja daripada tarikh penerimaan laporan lengkap yang telah diminitkan (diarahkan).

SKOP PERKHIDMATAN

  1. Memproses tindakan tatatertib mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai (Kelakuan dan Tatatertib) 1993;
  2. Memantau dan menyediakan laporan Keterhutangan Kewangan Yang Serius;
  3. Membantu pegawai lantikan baru mengisytiharkan harta serta memproses dan

memastikan setiap kakitangan hospital mengisytiharkan harta setiap lima (5) tahun sekali tertakluk kepada keadaan semasa dan setiap kali terima harta tambahan / mansuh;

  1. Mengeluarkan surat arahan berhubung pemberhentian gaji dan kutipan balik emolumen terlebih dibayar kepada Unit Akaun;
  2. Mengeluarkan surat teguran pentadbiran mengikut arahan Pengarah dari semasa ke semasa;
  3. Mengurus kes gangguan seksual di bawah Peraturan 4(A);
  4. Mengurus kes penyalahgunaan dadah di bawah Peraturan 7;
  5. Mengurus permohonan pekerjaan luar di bawah Peraturan 5;
  6. Memproses penubuhan lembaga perubatan kakitangan HQE;
  7. Mengurus dan memantau pegawai yang berprestasi rendah dan bermasalah;
  8. Urusetia Jawatankuasa Keutuhan Pemantapan Governans Integriti Anti Rasuah (JKPGiar), Perisytiharan harta dan Mesyuarat Lembaga Tatatertib dan Mesyuarat Pegawai-Pegawai Bermasalah; dan
  9. Urusetia Jawatankuasa Siasatan Dalaman Hospital.




UNIT HASIL DAN AUDIT DALAM


Fungsi: Memungut kutipan hasil kerajaan melalui caj-caj rawatan perubatan.

Aktiviti:

  • Kawalan terimaan.
  • Kawalan Borang Hasil
  • Penerimaan Hasil (Bayaran caj rawatan)
  • Keselamatan Wang Tunai
  • Kawalan Perakaunan Terimaan Hasil
  • Membuat Laporan Penyesuaian Akaun Amanah 76302 dan 76303.
  • Membuat Laporan Penyesuaian Akaun Hasil
  • Membuat laporan Bulanan Hasil
  • Kutipan Hasil Menggunakan kad kredit
  • Menyediakan Penyata Pemungut
  • Memberi Pengecualian Sebahagian/Keseluruhan Bil Hospital.
  • Membuat Laporan Akaun Belum Terima.
  • Menyenggara Panjar Khas Deposit Hospital.
  • Penyediaan Hapuskira Tunggakan Hasil.
  • Pendaftaran masuk pesakit ke dalam wad.
  • Membuat rondaan wad untuk mengutip deposit tambahan.

UNIT LATIHAN




VISI

HQE mempunyai warga kerja yang terlatih dan kompeten bagi menyokong sistem penyampaian kesihatan

MISI

Membangunkan modal insan yang cemerlang dan kompeten selaras dengan penyediaan pelan latihan

OBJEKTIF

  • Menyediakan modal insan yang berkelayakan, berkebolehan dan berkompetensi dalam menjalankan tugas.
  • Melengkapkan modal insan dengan keupayaan dan kebolehan agar penyampaian perkhidmatan kesihatan yang diberikan adalah efisien dan menepati standard yang ditetapkan

PIAGAM PELANGGAN

  1. Memastikan permohonan latihan sangkutan lengkap diproses dalam masa 14 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima
  2. Memastikan pegawai lantikan baharu/bertukar masuk menghadiri orientasi dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh lapor diri


SKOP PERKHIDMATAN

  1. Mengurus dan menyelaras kakitangan Hospital Queen Elizabeth untuk mengikuti latihan/kursus jangka panjang/jangka pendek/seminar/bengkel/persidangan;
  2. Menyelaras permohonan latihamal/latihan sangkutan/latihan industri/latihan klinikal/latihan elektif/program transformasi minda/kursus lanjutan;
  3. Menyelaras permohonan cuti kursus sambilan/kursus dalam perkhidmatan/hadiah latihan persekutuan;
  4. Membantu dalam aspek penyelarasan bagi jabatan/unit yang ingin menganjurkan kursus/seminar di peringkat hospital, negeri atau kebangsaan; dan
  5. Menyediakan data-data semua jenis latihan yang dihadiri oleh semua anggota hospital di dalam dan luar meliputi program CPD/myCPD online dan sebagainya.

UNIT KESELAMATAN


PENGENALAN

Unit Keselamatan, Hospital Queen Elizabeth (HQE) bertanggungjawab untuk memberikan khidmat nasihat keselamatan perlindungan meliputi perkara-perkara keselamatan fizikal, dokumen dan peribadi. Bagi mencapai matlamat tersebut serta dalam membantu pihak hospital melaksanakan pemeriksaan keselamatan khususnya terhadap pengukuhan keselamatan fizikal, pemantauan perkhidmatan syarikat kawalan keselamatan serta bekerjasama dengan Ibu Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (KPKK) bagi melaksanakan kursus kesedaran keselamatan perlindungan.

Unit Keselamatan ini dianggotai oleh :

  • satu (1) Pegawai Keselamatan KP41
  • satu (1) Penolong Pegawai Keselamatan Kanan KP32
  • satu (1) Pembantu Keselamatan KP26
  • satu (1) pembantu Keselamatan KP22; dan
  • satu (1) pembantu Keselamatan KP22; dan
  • lima (5) Pembantu Keselamatan Kanan KP19/22
Falsafah Unit Keselamatan, HQE berteraskan kepada prinsip-prinsip RAHSIA iaitu:

R: RAJIN, RESPONSIF DAN BERTANGGUNGJAWAB

A: AMANAH, JUJUR DAN BERINTEGRITI

H: HORMAT, BERHEMAH DAN HARMONI

S: SABAR, SETIA, SEPAKAT DAN BERSEMANGAT WAJA

I: ILMU, INOVATIF DAN PROFESIONAL

A: AKAUNTABILITI, REALISTIK, BERWASPADA DAN SELAMAT

OBJEKTIF

  • Memberikan perkhidmatan keselamatan kepada semua kakitangan, pesakit dan pelawat yang berurusan setiap masa;

  • Memberi jawapan ke atas aduan yang dilaporkan dalam tempoh 5 hari bekerja; dan

  • Memantapkan sistem keselamatan yang berkualiti, cekap dan berkesan, telus dan mesra pelanggan berdasarkan nilai-nilai murni.

VISI

  • Mencapai Standard Keselamatan Perlindungan Berkualiti di Hospital Queen Elizabeth sebagai Hospital Negeri Sabah
  • Menjadi pusat rujukan kepada semua hospital-hospital dan klinik-klinik kesihatan seluruh Negeri Sabah.
MISI

Unit Keselamatan berhasrat untuk menjadi pusat rujukan bagi hospital-hospital / klinik-klinik di Negeri Sabah yang cemerlang melalui:

  • Meningkatkan kepakaran keselamatan perlindungan
  • Memberi khidmat nasihat keselamatan perlindungan yang berkesan
  • Memastikan pematuhan kepada Akta dan Peraturan berkaitan termasuk perkara-perkara dalam Buku ARAHAN KESELAMATAN
  • Membudayakan keselamatan perlindungan kepada semua pelangggan
  • Meminimakan pelanggaran keselamatan

MOTO
"RAHSIAKAN RAHSIA KERAJAAN"

SLOGAN
"KESELAMATAN DAN KERAHSIAAN KERAJAAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA"


SKOP PERKHIDMATAN UNIT KESELAMATAN

Unit Keselamatan bertanggungjawab memberikan perkhidmatan pengurusan keselamatan perlindungan harta benda serta menjalankan latihan kepada anggota dibawah seliaan bagi mewujudkan kecemerlangan mengikut standard perkhidmatan yang ditetapkan. Skop perkhidmatan keselamatan meliputi:

  • Pengurusan Kunci & Kad Akses

  • Pengurusan Parkir & Lalulintas dan Trafik

  • Pengurusan Pengawal Keselamatan Swasta

  • Pengurusan Kawalan CCTV

  • Pengurusan Aduan, Insiden dan Jenayah

TANGGUNGJAWAB DAN AKTIVITI UNIT KESELAMATAN

  • Memberi nasihat mengenai sistem keselamatan perlindungan kepada semua Unit/Bahagian/Jabatan

  • Menyediakan kawalan keselamatan dan memantau sistem keselamatan perlindungan fizikal

  • Membuat naziran dan mengemukakan syor bagi mengatasi kelemahan-kelemahan keselamatan fizikal, dokumen dan peribadi.

  • Membuat pemeriksaan mengejut untuk memastikan peraturan-peraturan, langkah-langkah dan kawalan keselamatan dilaksanakan.

  • Mengurus dan memproses permohonan dan pengeluaran ‘pas’ keselamatan (Tetap, Sementara, Pelawat dan VVIP).

  • Mengawal dan mengawasi pergerakan akses

  • Menguatkuasakan peraturan dan langkah-langkah keselamatan fizikal, dokumen dan peribadi.

SOALAN LAZIM

1. Apa itu Keselamatan Perlindungan?

Keselamatan Perlindungan bermaksud memberikan perlindungan ke atas aset yang meliputi perkara maklumat rasmi, dokumen rasmi dan rahsia rasmi, bangunan, pepasangan, peralatan, kelengkapan dan personel.

2. Siapakah bertanggungjawab ke atas Keselamatan Perlindungan di Jabatan/Pejabat?

Ketua jabatan adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keselamatan perlindungan di Jabatan/pejabat masing-masing.

3. Apakah arahan yang perlu dipatuhi ?

Arahan Keselamatan yang dikeluarkan oleh Jemaah Menteri. Di dalam Arahan tersebut telah ditetapkan darjah-darjah keselamatan yang sama mengikut prinsip-prinsip tertentu untuk dilaksanakan oleh semua Jabatan Kerajaan bertujuan bagi mengawal rahsia-rahsia rasmi negara dengan berkesan.

4. Siapakah pegawai yang bertanggungjawab melaksanakan Arahan Keselamatan ?

Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab sepenuhnya. Walau pun begitu beliau perlu melantik Pegawai Keselamatan Jabatan yang terdiri daripada Timbalan Ketua Jabatan yang bertanggungjawab mengenai pentadbiran jabatan bagi membantu beliau melaksanakan arahan-arahan keselamatan dengan mendapat nasihat Pegawai Keselamatan Kerajaan.

5. Siapakah yang perlu mengetahui dan mematuhi kandungan Arahan Keselamatan ?

Setiap penjawat awam yang diamanahkan dengan perkara-perkara rahsia rasmi perlu mengetahui sepenuhnya peraturan-peraturan yang terkandung di dalam Arahan tersebut.

6. Dari pihak manakah Arahan Keselamatan boleh diperoleh ?

Buku Arahan Keselamatan boleh diperoleh daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia dan Pejabat cawangan negeri di seluruh negara. Permohonan boleh dibuat dengan menulis surat secara rasmi terus kepada pihak Ibu Pejabat atau pejabat cawangannya.

7. Apakah kaitan Akta Rahsia Rasmi 1972 dengan Arahan Keselamatan?

Akta Rahsia Rasmi 1972 adalah satu undang-undang berhubungan dengan perlindungan rahsia rasmi, terutama sekali dimaksudkan untuk memelihara perkara-perkara rasmi yang perlu diberikan perlindungan keselamatan mengikut peraturan-peraturan dalam Arahan Keselamatan daripada jatuh ke tangan orang-orang yang tidak dibenarkan.

8. Kenapakah penjawat awam dikenakan tapisan keselamatan?

Tapisan keselamatan dikenakan ke atas penjawat awam bertujuan untuk memeriksa latar belakang penjawat awam bagi memastikan mereka bersih dari sebarang anasir subversif dan kesetiaannya kepada negara atau kejujurannya menimbulkan keraguan, tidak mendapat sebarang pekerjaan atau terus berada dalam pekerjaan yang melibatkannya dengan perkara-perkara rahsia rasmi.

9. Siapakah yang boleh mengikuti kursus keselamatan perlindungan?

Penjawat-penjawat awam di peringkat persekutuan atau negeri dan pegawai atau kakitangan yang bertugas tetap di pepasangan sasaran penting sektor awam dan swasta. Semua kursus diberikan secara percuma.

10. Apakah tindakan yang boleh dikenakan sekiranya Arahan Keselamatan tidak dipatuhi?

Sekiranya penjawat awam tidak mematuhi arahan keselamatan , pihak jabatan boleh mengenakan tindakan secara pentadbiran termasuk mengenakan tindakan tatatertib mengikut kesalahan yang telah dilakukan, Pendakwaan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 boleh juga dikenakan mengikut keseriusan pelanggaran keselamatan akibat daripada tindakan tidak mematuhi arahan keselamatan yang ditetapkan.

UNIT AKAUN DAN PEROLEHAN


FUNGSI UNIT AKAUN

  • Mengurus, menyelaras dan mengawal belanjawan hospital
  • Mengurus dan memastikan semua bayaran emolumen, tuntutan elaun, pesanan kerajaan dan tuntutan panjar wang runcit dibuat mengikut peraturan.
  • Memastikan Buku Vot Amanah dan Deposit, Daftar Bil, pendahuluan diri dan pinjaman kerajaan disenggara dengan betul dan laporan berkenaan disediakan.
  • Menyediakan Laporan Perbelanjaan Bulanan, Tahunan dan Penyata Penyesuaian Vot Perbelanjaan
  • Menguruskan pembayaran Pukal MAS, Telefon & Elektrik
FUNGI UNIT PEROLEHAN

Perolehan Jabatan dengan telus, cekap dan mematuhi peraturan-peraturan yang berkuatkuasa.

Menguruskan aktiviti berkaitan:

  • Perolehan Kerajaan ( Bekalan / Perkhidmatan dan Kerja ) melalui kaedah Sebut Harga secara manual
  • Jualan Aset Alih Kerajaan yang telah dilupuskan
  • Perolehan Kerajaan ( Bekalan / Perkhidmatan dan Kerja ) melalui kaedah Pembelian Terus.
  • Penyediaan Pesanan Kerajaan ( LPO) melalui sistem e- Perolehan.
  • Pemantauan pengeluaran Pesanan Kerajaan ( LPO )
  • Penyelenggaraan Dokumen ( Pekeliling -Pekeliling / Panduan / Profil Syarikat )berhubung Perolehan Kerajaan
FUNGSI UNIT HASIL

Memungut kutipan hasil kerajaan melalui caj-caj rawatan perubatan.

Aktiviti:

  • Kawalan terimaan.
  • Kawalan Borang Hasil
  • Penerimaan Hasil (Bayaran caj rawatan)
  • Keselamatan Wang Tunai
  • Kawalan Perakaunan Terimaan Hasil
  • Membuat Laporan Penyesuaian Akaun Amanah 76302 dan 76303.
  • Membuat Laporan Penyesuaian Akaun Hasil
  • Membuat laporan Bulanan Hasil
  • Kutipan Hasil Menggunakan kad kredit
  • Menyediakan Penyata Pemungut
  • Memberi Pengecualian Sebahagian/Keseluruhan Bil Hospital.
  • Membuat Laporan Akaun Belum Terima.
  • Menyenggara Panjar Khas Deposit Hospital.
  • Penyediaan Hapuskira Tunggakan Hasil.
  • Pendaftaran masuk pesakit ke dalam wad.
  • Membuat rondaan wad untuk mengutip deposit tambahan.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT


PENGENALAN

Unit Komunikasi Korporat (UKK) merupakan unit yang yang mengurus aduan awam serta maklumbalas pelanggan dalaman dan luaran Hospital Queen Elizabeth (HQE) dan perkhidmatan pelanggan. Unit ini juga menguruskan hal-hal yang berkenaan dengan lawatan majlis-majlis di HQE. Selain daripda itu, antara  tugas-tugas lain di UKK ialah pemantauan isu-isu media cetak dan elektronik  dan menyelaras sidang media. 

LOKASI

Unit Komunikasi Korporat terletak di Aras 4, Bangunan  Klinik Pakar, Hospital Queen   Elizabeth. 

OBJEKTIF

  • Mempertingkatkan dan memelihara imej Hospital Queen Elizabeth melalui peningkatan kefahaman orang ramai terhadap dasar-dasar dan program hospital.
  • Memastikan setiap aduan yang diterima diselesaikan dalam masa lima belas (15) hari bekerja termasuk satu (1) hari untuk Surat Akuan Terima (SAT).
  • Memastikan maklumbalas pelanggan yang diterima mempunyai tindakan susulan / tindakan penambahbaikan.
  • Memastikan layanan terhadap pelanggan sentiasa mesra.
VISI

Menjadi unit  yang mengurus dan mendengar aduan pelanggan dalaman dan luaran untuk penambahbaikan di Hospital Queen Elizabeth serta meningkatkan dan memelihara imej hospital melalui perhubungan awam.

MISI

Mewujudkan penglibatan dan penyertaan masyarakat untuk kesihatan yang memberangsangkan dan memudahkan rakyat untuk membantu hospital memperbaiki perkhidmatan serta kemudahan membantu rakyat mencapai taraf kesihatan yang maksimum.

PIAGAM PELANGGAN

  • Memastikan setiap aduan awam diselesaikan dalam masa 15 hari bekerja
  • Memastikan setiap maklumbalas pelanggan diambil tindakan
  • Memastikan setiap informasi yang disampaikan adalah tepat dan cepat
  • Memastikan setiap layanan terhadap pelanggan adalah mesra
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

Urusetia Aduan Awam
Fungsi utama ialah sebagai urusetia aduan pelanggan hospital bersama-sama pengurusan hospital

Khidmat Nasihat Hal Ehwal Perhubungan Awam

  • Melaksanakan aktiviti Perhubungan Awam Hospital
  • Menjalinkan hubungan mesra dengan media
  • Publisiti bagi aktiviti rasmi hospital
  • Menyelaraskan permohonan lawatan dan kunjungan agensi luar

Memantau media cetak dan elektronik

  • Memantau isu-isu mengenai hospital melalui akhbar tempatan
  • Menyediakan keratan akhbar setiap hari
Sidang Media

  • Menguruskan sidang media di hospital
  • Menguruskan media semasa lawatan rasmi Pembesar Negeri atau Negara ke hospital

Khidmat Pelanggan

  • Memberikan perkhidmatan kaunter yang mesra serta mengamalkan nilai-nilai murni dan budaya korporat
  • Memberikan penerangan yang jelas dan tepat kepada pelanggan yang memerlukan maklumat berdasarkan perubahan dan info-info terkini dan mudah difahami
  • Memastikan penerimaan panggilan telefon diberi layanan yang baik dan mesra pelanggan
  • Menjawab panggilan sekurang-kurangnya tidak melebihi 5 deringan
  • Memastikan panggilan telefon yang diterima disambungkan dengan cepat dan tepat
WAKTU PERKHIDMATAN

HARIWAKTU PERKHIDMATANWAKTU REHATWAKTU PERKHIDMATAN
Isnin-Khamis8.00 pagi- 1.00 petang1.00 petang -2.00 petang2.00 petang - 5.00 petang
Jumaat8.00 pagi- 11.30 pagi11.30 pagi - 2.00 petang2.00 petang - 5.00 petang
Sabtu, Ahad dan HKACuti


*Perkhidmatan operator telefon khidmat pelanggan adalah beroperasi selama 24 jam sehari.

UNIT PERPUSTAKAAN


OBJEKTIF

1. Menjadikan perpustakaan sebagai pusat sumber ilmu dan maklumat yang cemerlang kepada pengguna pelbagai kategori bagi tujuan perancangan kesihatan, perawatan, perubatan, dan penyelidikan.

2. Menjadikan perpustakaan sebagai tempat bacaan, rujukan, dan penyelidikan di dalam menggalakkan warga organisasi membaca bagi mewujudkan masyarakat yang berilmu dan berbudaya membaca.

3. Membina koleksi bahan bacaan dan maklumat yang berkualiti, lengkap, sistematik, dan terkini.

SKOP PERKHIDMATAN

1. Memberikan perkhidmatan pinjaman dan rujukan, sumber pencarian maklumat dan penyelidikan, perkhidmatan OPAC melalui Sistem S-LIB, perkhidmatan komputer dan Internet, perkhidmatan pengimbas, perkhidmatan fotokopi, perkhidmatan bilik mesyuarat dan rujukan jurnal perubatan.

2. Membantu dari segi penyediaan bahan dan maklumat berdasarkan sumber bahan bercetak mahupun bukan bercetak (Online) melalui Pangkalan data dilanggan oleh KKM dan pihak hospital (sekiranya ada).

VISI

Menjadikan Perpustakaan sebuah pusat rujukan maklumat dalam bidang kesihatan dan perubatan klinikal yang cemerlang, terkini dan unggul bagi mewujudkan masyarakat Hospital Queen Elizabeth yang berbudaya ilmu dan kaya maklumat serta gemar membaca.

MISI

  • Membantu organisasi dalam membina warga hospital yang kaya dengan maklumat dan seterusnya kaya dengan ilmu pengetahuan melalui pembacaan, pendedahan kemahiran kepada penggunaan bahan dan pencarian maklumat
  • Mempastikan perkhidmatan perpustakaan yang berkualiti, dinamik dan sistematik dalam mempertingkatkan prestasi institusi dengan mengadakan persekitaran yang selesa dan mesra sesuai dengan suasana pembelajaran dan penyelidikan.
PERKHIDMATAN

Pendaftaran Keahlian Perpustakaan
Pendaftaran keahlian perpustakaan adalah percuma. Kakitangan hospital perlu mengisi borang keahlian perpustakaan untuk menjadi ahli perpustakaan.

Peminjaman Buku
Menyediakan peminjaman buku sebanyak 2 buah buku dalam masa 2 minggu bagi semua bahan perpustakaan . Jika buku lambat dikembalikan, setiap peminjam akan dikenakan denda 50 sen/ hari bagi setiap buku.

Perkhidmatan Rujukan
Menyediakan perkhidmatan rujukan terutamanya koleksi Red Spot dan jurnal perubatan, Laporan Tahunan pelbagai Kementerian , Keratan akhbar (2010- sekarang), buku-buku Pengurusan dan buku cerita.

Portal Virtual Library KKM
Unit Perpustakaan juga menyediakan maklumat Portal Virtual Library KKM. Kakitangan boleh mengakses Portal Virtual Library KKM melalui laman sesawang http://vlib.moh.gov.my
USERNAME: hqelibrary
PASSWORD: hqe123

Langganan Pangkalan Data Uptodate
Unit Perpustakaan juga menyediakan akses kepada pangkalan data Uptodate kepada kakitangan hospital. Pendaftaran pengguna boleh dibuat melalui laman sesawang www.uptodate.com.

Pendaftaran pertama kali perlu dilakukan menggunakan talian Intranet hospital. Selepas pendaftaran berjaya, pengguna bolehlah melayari pangkalan data secara world wide access dan boleh juga download aplikasi mobile app uptodate melalui play store mahupun Apps store.

Perkhidmatan Komputer
Menyediakan 4 buah komputer untuk kegunaan Internet (Internet access). Perkhidmatan Komputer disediakan di Bilik Komputer Unit Perpustakaan.

Perkhidmatan Pengimbas (Scanner)
Unit Perpustakaan menyediakan Perkhidmatan Pengimbas (Scanner) di Bilik Komputer Unit Perpustakaan.

PIAGAM PELANGGAN

1. Setiap pelanggan akan dilayan tidak lebih tujuh (7) minit bagi proses peminjaman dan pemulangan bahan perpustakaan.

2. Permohonan pencarian artikel akan diberikan maklumbalas dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan permohonan.

WAKTU OPERASI

Isnin-Jumaat: 07.30 pagi sehingga 05.00 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum (Tutup)

UNIT PENGURUSAN ASET & STOR (UPAS)


LATAR BELAKANG

Pejabat Unit Pengurusan Aset & Stor (UPAS) terletak di Hillside, Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu. Diketuai oleh Penolong Pegawai Tadbir (Stor) Gred N36 merangkap Pegawai Aset Hospital dan dibantu oleh lima (5) orang Pembantu Tadbir serta seorang Pembantu Awam.

MISI

Menjadi Pusat Tanggungjawab (PTJ) Rujukan Bagi Pengurusan Aset Alih dan Stor Kerajaan di Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.

VISI

Memperkasakan Aktiviti Pengurusan Aset Alih yang sistematik, berkualiti, cekap dan penuh integrity selaras dengan 1 Pekeliling Perbendaharaan (1PP) – Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan dan Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan.

OBJEKTIF

  • Menyediakan perkhidmatan sokongan yang efektif dan efisen sebagai sokongan kepada program penjagaan pesakit yang dijalankan oleh hospital.
  • Memastikan Pengurusan Aset Alih dan Pengurusan Stor di hospital ini mengikut garis panduan dan tatacara yang sedang berkuatkuasa.
SKOP PERKHIDMATAN

Unit ini menjalankan fungsi-fungsi pengurusan Aset Alih dan Stor di hospital ini melalui pelbagai aktiviti seperti berikut :-

  • Urusan pengujian dan pentauliahan (T & C).
  • Urusan pendaftaran Aset Alih ke dalam Sistem Pengurusan Aset Alih (SPA).
  • Menyelaras Pemeriksaan Aset Alih, Pemeriksaan Stok dan Verifikasi stor.
  • Urusan Pelupusan Aset Alih dan barang-barang stor.
  • Urusan Kehilangan dan Hapus Kira Aset Alih dan barang-barang stor
  • Memproses kelulusan penerimaan hadiah/ sumbangan dalam bentuk peralatan/ aset alih.
  • Menyediakan Laporan Suku Tahun bagi Pengurusan Aset Alih dan Stor
  • Pengeluaran Stop/ Start Notification Facility (SNF) kepada syarikat konsesi Sedafiat Sdn. Bhd
  • Memproses kelulusan pindahan aset alih ke Pusat Tanggung Jawab (PTJ) yang lain.
  • Menjadi urusetia bagi Mesyuarat Jawatan Kuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) peringkat hospital.
  • Menjadi Urusetia bagi Jawatan Kuasa Pelupusan Aset Alih Kerajaan.
  • Menjadi rujukan berkaitan pengurusan aset alih kerajaan dan stor kerjaan kepada semua Jabatan/ Unit/ Wad/ Klinik di hospital ini.
SAMBUNGAN TELEFON : 7192 (KETUA UNIT)/ 7241 (ANGGOTA LAIN)

UNIT HAL EHWAL ISLAM


PENGENALAN

Unit Hal Ehwal Islam Hospital Queen Elizabeth mula beroperasi pada tahun 2010. Penubuhan unit ini adalah sebagai satu mekanisme ke arah perkhidmatan dari sudut rohani dan jasmani selaras dengan syariat Islam. Unit ini juga berperanan untuk merancang dan melaksanakan program-program dan aktiviti-aktiviti kesedaran, kerohanian dan penerapan nilai-nilai Islam peringkat hospital.

VISI

Memberikan perkhidmatan bimbingan spiritual berteraskan nilai-nilai Islam.

MISI

Berusaha mengintegrasikan rawatan fizikal, psikososial dan spiritual selaras dengan takrif kesihatan oleh World Health Organisation (WHO).

OBJEKTIF

1. Meningkatkan kefahaman dan penghayatan nilai-nilai Islam dan integriti kepada kakitangan, pesakit dan waris pesakit di hospital.

2. Menyediakan perkhidmatan bimbingan dan khidmat nasihat kerohanian kepada kakitangan, pesakit dan waris pesakit.

3. Bertindak sebagai pemudahcara bagi isu berkaitan fiqh ibadah, fiqh perubatan dan hal ehwal Islam kepada pegawai dan pengamal perubatan, pesakit serta waris pesakit di hospital.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

1. Tanggungjawab kepada hospital

  • Mewujudkan Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah (JKHMI)
  • Bertanggungajwab terhadap semua program dan aktiviti berkaitan Hal Ehwal Islam peringkat hospital.

2. Perkhidmatan kepada kakitangan

  • Menyelaras dan melaksanakan program serta latihan penerapan nilai-nilai Islam secara terancang dan berterusan.
  • Rujukan dan khidmat nasihat keagamaan kepada kakitangan (jika diperlukan).

3. Perkhidmatan kepada pesakit/ahli keluarga/waris

  • Perkhidmatan berkaitan Hal Ehwal Islam kepada pesakit dan ahli keluarga.
  • Khidmat nasihat dan bimbingan kerohanian kepada pesakit, ahli keluarga dan waris. 
  • Ziarah dan bimbingan pengurusan ibadah pesakit. 
  • Pengurusan jenazah Islam (mandi dan solat)
  • Menyediakan bahan-bahan penerbitan berunsurkan nilai-nilai Islam dan bersesuaian.
PIAGAM PELANGGAN

1. Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, sopan santun, jujur dan ikhlas.

2. Memastikan pesakit atau waris mendapat khidmat bimbingan ibadah pesakit (Islam).

3. Memberi khidmat nasihat dan bimbingan kerohanian kepada kakitangan / pesakit / waris (jika diperlukan.)

4. Mengurus selia pengurusan jenazah Islam (mandi dan solat).

WAKTU OPERASI

Isnin – Jumaat : 8.00 pagi – 5.00 petang

KETUA UNIT
Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam (PPHEI) S32
No. Sambungan: 7824